Utusan Borneo (Sabah)

Sabah FC gagal jinakkan JDT

-

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pemain Sabah FC perlu memiliki semangat melawan yang kental apabila berhadapan dengan lawan di padang.

Katanya, semangat melawan ini penting untuk pasukan terutama apabila menghadapi pasukan yang lebih kuat.

"Saya mahu pemain ada semangat untuk berlawan supaya momentum kita lebih meyakinkan, tidak kira pasukan mana yang kita lawan," katanya.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, pemain telah berusaha bermain baik tetapi pasukan memerlukan persembaha­n yang terbaik.

"Saya tahu anda semua bermain dengan baik namun lakukan yang terbaik untuk pasukan dalam perlawanan ini," kata Bung Moktar yang turun memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada pasukan Sabah FC ketika menentang JDT dalam saingan Liga Super di Stadium Likas, malam semalam.

Perlawanan itu menyaksika­n JDT yang juga juara bertahan mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Arif Aiman Mohd Hanapi seawal minit ketujuh dan Bergson Gustavo seminit selepas itu.

Bung Moktar yang gusar dengan situasi itu lantas turun ke bilik persalinan untuk menemui dan memberi katakata perangsang kepada pemain serta staf kejurulati­han Sabah FC.

Semangat yang ditiup Bung Moktar serta pendekatan baru memulakan babak kedua dengan lebih agresif menyaksika­n Sabah FC mendapat sepakan penalti yang disempurna­kan pemain tengah Levy Madinda untuk merapatkan jarak kepada 1-2 pada minit ke-58.

Sabah FC bagaimanap­un kemudianny­a sukar meneruskan rentak garang apabila hanya bermain dengan 10 pemain lebih 30 minit ekoran layangan kad kuning kedua untuk layangan kad merah kepada pemain tenganhnya, Maxisus Musa pada minit ke-59.

JDT memanfaatk­an kekurangan itu dan memadamkan sebarang usaha Sabah FC dengan tambahan dua gol untuk melebarkan rekod tanpa kalahnya kepada tujuh perlawanan dengan kemenangan 4-1.

KOTA KINABALU: Sabah FC gagal jinakkan Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila tumbang 1-4 di tangan pendahulu liga itu pada saingan Liga Super di Stadium Likas, malam semalam.

Diiringi sokongan hampir 3,000 penyokong yang dibenarkan buat kali pertama menyaksika­n perlawanan di stadium, tekad Sabah FC menamatkan rekod tanpa kalah juara bertahan itu disentap apabila dibolosi dua gol dalam tempoh dua minit untuk JDT mendahului 2-0 pada babak pertama.

Arif Aiman Mohd Hanapi memulakan jaringan JDT seawal minit ketujuh dan belum sempat Sabah FC menyusun rentak, Bergson Gustavo meletakkan JDT 2-0 pada minit kelapan.

Kurniawan dalam sidang media selepas itu berkata, berhadapan dengan pasukan elit, anak-anak buahnya agak gementar pada awal permainan.

Katanya, situasi disukarkan lagi dengan ketiadaan pertahanan tengah import, Park Tae Su yang menjalani penggantun­gan permainan serta penggerak tengah, Mohd Azizan Nordin yang tidak dapat bermula sebagai kesebelasa­n kerana belum pulih sepenuhnya dari kecederaan.

Ketinggala­n 2-0 pada babak pertama, Kurniawan mahu pemain bermain dengan lebih agresif pada babak kedua dan ianya menampakka­n hasil apabila mereka berjaya merapatkan jurang kepada 12 hasil jaringan dari sepakan penalti Levy Madinda pada minit ke-58.

Sabah FC bagaimanap­un kemudianny­a sukar meneruskan rentak garang apabila hanya bermain dengan 10 pemain lebih 30 minit ekoran layangan kad kuning kedua untuk layangan kad merah kepada pemain tengahnya, Maxsius Musa pada minit ke-59.

Kurniawan berkata, layangan kad merah ke atas Maxsius melemahkan pasukan dan beliau juga kecewa kerana pasukan masih dihantui dengan kelemahan melakukan kesalahan sendiri yang membawa padah.

Kekalahan itu kembali mendekatka­n Sabah FC dengan zon penyingkir­an dengan hanya lima mata dari tujuh perlawanan.

Sabah FC hanya bernasib baik berada di atas Melaka United yang telah ditolak tiga mata kerana masalah kewangan. Melaka yang kini berbaki empat mata berada di zon penyingkir­an bersama UiTM yang baru mengutip satu mata.

Sambil itu, JDT terus gah di tangga teratas dengan 17 mata.

Sabah FC akan meneruskan cabaran menentang Penang FC di tempat lawan, esok (9 April).

 ??  ?? ENGGAN MENGALAH: Aguwell Andrew.
Aksi
ENGGAN MENGALAH: Aguwell Andrew. Aksi
 ??  ?? SEMANGAT: Bung Moktar (bertopi) memberi kata-kata perangsang kepada anggota skuad Sabah FC di bilik persalinan pemain di Stadium Likas, malam semalam.
SEMANGAT: Bung Moktar (bertopi) memberi kata-kata perangsang kepada anggota skuad Sabah FC di bilik persalinan pemain di Stadium Likas, malam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia