Utusan Borneo (Sabah)

Empat nelayan asing diusir keluar

Lelaki berumur 30-50 tahun, dipercayai warga asing dari Sungai Nyamuk

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Empat nelayan warga asing yang memasuki perairan negara untuk menangkap ikan diusir keluar oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan laut Membalua, di sini kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, anggota Unit Risakan Marin yang menjalanka­n rondaan Ops Gelora Khas terserempa­k dengan sebuah bot nelayan yang sedang menjalanka­n aktiviti menangkap ikan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superinten­dan Mohd Nazari Ismail berkata, anggota PPM yang membuat pemeriksaa­n mendapati bot tersebut tidak mempunyai nombor pendaftara­n.

“Pemeriksaa­n awal mendapati terdapat empat lelaki berumur 30 hingga 50 tahun di dalam bot berkenaan dan dipercayai warga asing dari Sungai Nyamuk Indonesia.

“Hasil pemeriksaa­n lanjut, kesemua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan tujuan mereka untuk menangkap ikan di peraiaran negara,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Nazari berkata, kesemua nelayan terbabit telah diberikan penerangan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepertiman­a yang ditetapkan dalam Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998.

“Anggota PPM yang bertugas sudah membuat laporan polis untuk memaklumka­n kejadian itu dan kesemua mereka diusir keluar dari perairan negara bagi mengekang penularan wabak,” katanya.

 ??  ?? USIR: Bot nelayan asing yang diusir keluar.
USIR: Bot nelayan asing yang diusir keluar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia