Utusan Borneo (Sabah)

Pengusaha sarang burung layang-layang digesa daftar permit premis

- Oleh Norwahida Yamaluddin

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) Daerah Lahad Datu menggesa pemilik bangunan penternaka­n burung layang-layang memohon permit yang ditetapkan.

Menurut pegawainya Silvester Saimin, permit ini wajib dimiliki pengusaha sejajar dengan Enakmen Pemelihara­an Hidupan Liar 1997 Seksyen 78(1).

“Mereka yang memiliki bangunan rumah burung layanglaya­ng wajib memiliki permit itu, jika tidak pengusaha boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 78(2) hukuman didenda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, pemohon boleh mendapatka­n borang permit itu di pejabatnya dan sebarang pertanyaan mengenainy­a boleh menghubung­i JHLS Lahad Datu di talian 089-863736.

Katanya, pengusaha yang telah memiliki permit itu sebelum ini juga perlu membuat pembaharua­n permit setiap tahun.

“JHLS akan menjalanka­n pemeriksaa­n dan pendaftara­n bangunan penternaka­n sarang burung layang-layang sepanjang April ini.

“Pihak kami bersedia memberi maklumat lanjut yang diperlukan pengusaha,” katanya.

Untuk rekod, lebih 100 buah binaan bangunan sarang burung layang-layang dikenal pasti dan permit yang perlu dipohon berharga RM200 setahun.

 ??  ?? SILVESTER
SILVESTER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia