Utusan Borneo (Sabah)

Liew sumbang air minuman untuk Hospital Tawau

-

TAWAU: Brigadier Jeneral (B) Tan Sri Liew Yun Fah (JP) menghantar sumbangan 300 kotak air minuman ke Hospital Tawau, selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Timbalan Pengarah Hospital Tawau Dr Azman Ibrahim menyatakan bahawa hospital berkenaan memerlukan air minuman.

Beliau difahamkan bekalan makanan dan keperluan yang diperlukan oleh petugas barisan hadapan dan pesakit di Hospital Tawau turut meningkat susulan daripada peningkata­n kes positif COVID-19 di Tawau.

Liew menzahirka­n pujian dan jutaan terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan, khususnya pengawai perubatan termasukla­h para doktor dan jururawat yang berisiko tinggi dijangkiti virus dalam menjalanka­n tugas harian mereka.

Beliau berkata, setiap petugas barisan hadapan sudahlah menderita, selagi virus tidak dihapuskan, mereka masih perlu berjuang dan oleh itu, semua orang harus bersimpati dengan mereka dan mematuhi SOP.

“Sehubungan itu, kita harus bersimpati dengan mereka dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.

Dua hari kebelakang­an ini, jumlah kes positif COVID-19 yang dicatatkan di Tawau telah meningkat, namun, masih lagi terdapat banyak kenderaan lalu lalang di jalan raya.

“Setahu saya, semua sekolah telah ditutup buat sementara dan restoran tidak dibenarkan masuk untuk duduk makan dan minum. Secara logiknya, kenderaan di jalan raya sepatutnya berkuranga­n tetapi sebaliknya bertambah sehingga kesesakan lalu lintas terutamany­a dari One Arena di Jalan Chong Thien Vun hingga ke Fujimart,” katanya.

Beliau masih ingat bahawa ramai orang mematuhi SOP semasa PKP yang pertama kali dan kurang keluar dari rumah, pada masa itu, kes COVID-19 dapat dikawal dengan cepat.

Jika kini rakyat masih leka, beliau takut wabak ini akan berterusan sehingga tidak dapat dikawal.

“Marilah kita bekerjasam­a dengan kerajaan dalam memutuskan rantai wabak COVID-19 ini secepat yang mungkin,” katanya.

Liew juga menggesa semua warga Tawau agar mematuhi SOP yang ditetapkan dan sentiasa menjaga kebersihan diri seperti sentiasa mencuci tangan, memakai pelitup muka, menjaga jarak serta mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia demi kesihatan dan kesejahter­aan sejagat.

 ??  ?? AIR MINUMAN: Liew menghantar 300 kotak air minuman ke Hospital Tawau melalui ahli pasukannya.
AIR MINUMAN: Liew menghantar 300 kotak air minuman ke Hospital Tawau melalui ahli pasukannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia