Utusan Borneo (Sabah)

Gagal letak tanda harga, peniaga dikompaun RM200

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KUDAT: Seorang peniaga dikompaun sebanyak RM200 oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini semalam.

Pengarah KPDNHEP Sabah Georgie Abas berkata, peniaga terbabit didapati melakukan kesalahan tidak meletakkan harga pada barangan yang ada di premis berkenaan.

“Semasa menjalanka­n pemeriksaa­n premis perniagaan sekitar sini, Pegawai KPDNHEP Kudat mendapati pemilik premis gagal meletakkan tanda harga pada telur ayam yang dipamerkan untuk jualan.

“Akibatnya peniaga terbabit dikenakan tindakan kompaun serta-merta sebanyak RM200 kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi sama pihaknya juga mendapati bekalan minyak masak di sekitar daerah itu adalah mencukupi dan mudah didapati.

“Secara keseluruha­nnya peniaga yang diperiksa pada hari ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

 ??  ?? PERIKSA: Pegawai KPDNHEP memeriksa bekalan minyak masak di salah sebuah premis sekitar sini.
PERIKSA: Pegawai KPDNHEP memeriksa bekalan minyak masak di salah sebuah premis sekitar sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia