Utusan Borneo (Sabah)

Mesyuarat JKDB Ranau lebih fokus kebersihan pekan

-

RANAU: Mesyuarat kali pertama Jawatankua­sa Kesejahter­aan Dalam Bandar (JKDB) daerah ini baru-baru ini, lebih memfokus kepada kebersihan pekan selain keindahan dan keselamata­n pekan berkenaan.

Mesyuarat yang dipengerus­ikan Pengerusi JKDB Tan Eng Sing dan dihadiri 15 orang ketua dan kakitangan jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n yang secara langsung peluang mereka berkenalan antara satu sama lain.

Tan dalam ucapan aluannya menegaskan semua jawatankua­sa JKDB dan kakitangan awam adalah sebagai mata dan telinga untuk membantu kerajaan menerusi Majlis Daerah Ranau (MDR) untuk menguatkua­sakan kebersihan kawasan pekan agar bukan sahaja bersih dan cantik malah selamat daripada sebarang penyakit berjangkit disebabkan keadaan yang kotor.

“Kita semua adalah bertanggun­gjawab menegur kepada penduduk atau pelawat yang sengaja tidak mematuhi amaran penjagaan kebersihan,” katanya.

Sementara itu salah seorang wakil NGO yang hadir, DatukDr.LungkiamDa­mbul mencadangk­an sekiranya ada orang awam didapati sengaja membuang sampah, harus dikenakan tindakan untuk mengutip sampah itu sertamerta dengan meletakkan di dalam tong sampah yang disediakan.

“Tetapi kalau dia melakukan kesalahan kali kedua dengan orang yang sama maka individu itu harus dikenakan tindakan denda mengikut undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (MDR),” katanya.

 ??  ?? ALBUM: Sebahagian yang hadir sempat merakam gambar bersama Dr.Lungkiam (duduk, kanan) dan Tan (duduk, dua kiri).
ALBUM: Sebahagian yang hadir sempat merakam gambar bersama Dr.Lungkiam (duduk, kanan) dan Tan (duduk, dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia