Utusan Borneo (Sabah)

Kaunter Bergerak Pasukan P186 Sandakan dibuka pada Rabu, Jumaat dan Ahad

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Khidmat Kaunter Bergerak Pasukan P186 Sandakan akan diadakan pada Rabu, Jumaat dan Ahad ini.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata, antara pengisian program itu termasuk memberi perkhidmat­an pendaftara­n vaksin, pendaftara­n pemilih dan aduan awam.

Kaunter perkhidmat­an bergerak itu akan dibuka bermula jam 2 petang hingga 4 petang pada hari tersebut berdekatan Happy Mart, Batu 4 dan Pasar Batu 8, Sandakan.

Manakala pada hari Ahad, ia akan diadakan di Pasar Taman Mawar dari jam 8 pagi hingga 11 pagi.

Katanya, program itu diadakan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong Ket Kiun dan ADUN Sekong Alias Sani.

Bagi mereka yang ingin mendaftar sebagai pemilih baharu, mereka perlu membawa salinan kad pengenalan ke kaunter untuk mendaftar.

Manakala bagi yang mendaftar untuk vaksin pula akan mendapat pelitup muka ‘UBAH’ DAP sementara stok masih ada.

Sehubungan itu, Vivian menggesa sesiapa sahaja yang masih belum mendaftar untuk menerima vaksinasi agar memanfaatk­an perkhidmat­an kaunter bergerak yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia