Utusan Borneo (Sabah)

Golongan muda mainkan peranan jayakan program imunisasi

-

KOTA KINABALU: Golongan muda diseru untuk sama-sama memainkan peranan, membantu menjayakan inisiatif kerajaan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, khususnya bagi menggalakk­an lagi masyarakat untuk mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin COVID-19.

Ketua Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) Asrul Samat mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor baru-baru ini bahawa jumlah peratus orang mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 di Sabah setakat ini masih rendah, iaitu hanya 12.4 peratus, bersamaan 362,514 daripada 2.9 juta orang yang disasarkan.

Oleh itu katanya, peranan golongan muda perlu digerakkan dalam pelbagai aspek.

“Kita orang muda sebagai salah satu daripada segmen dalam masyarakat boleh membantu menyampaik­an kempen kesedaran melalui platform media sosial dan seumpamany­a, kerana medium itu digunakan oleh ramai orang.

“Selain itu, sebagai golongan yang celik maklumat dan teknologi, kita berperanan untuk membantu mereka yang agak sukar untuk mendaftar, seperti golongan warga emas serta golongan yang kurang mahir dalam menggunaka­n aplikasi digital,” katanya.

Di samping itu, kekeliruan masyarakat khususnya dalam kalangan umat Islam terhadap hukum menerima suntikan vaksin sebaiknya tidak dipanjangk­an dan disulitkan.

Ini kerana Mesyuarat Khas Jawatankua­sa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 3 Disember lalu telah mengambil ketetapan bahawa hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus, dalam usaha untuk melindungi dan mengelakka­n penularan penyakit, seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Putatan mengharapk­an agar golongan muda dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara dengan membantu menggalakk­an lebih ramai lagi anggota masyarakat untuk mendaftar sebagai penerima vaksin, bermula dengan keluarga masingmasi­ng, rakan-rakan dan komuniti setempat.

 ??  ?? ASRUL
ASRUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia