Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Kesihatan Labuan harap lengkung jangkitan COVID-19 mendatar

-

LABUAN: Kira-kira 1,000 pekerja syarikat minyak dan gas di Wilayah Persekutua­n Labuan termasuk individu yang secara langsung atau tidak langsung dalam kluster baharu COVID-19 iaitu Kluster Pulau Enoe telah menjalani ujian saringan kesihatan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, kluster yang terletak di zon perindustr­ian minyak dan gas di RanchaRanc­ha itu kini telah dikawal dengan baik dan dijangka akan stabil dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi.

“Sehingga kini, kluster ini mempunyai 17 kes dan telah mula menunjukka­n penurunan dan kami berharap lengkungan jangkitan COVID-19 akan mendatar dalam beberapa hari akan datang.

“Labuan yang bakal diisytihar­kan zon hijau selepas penurunan ketara kes positif sejak bulan Februari lalu telah diisytihar­kan semula sebagai zon merah pada 31 Mac lalu berikutan peningkata­n kes sejak beberapa hari lalu dengan jumlah keseluruha­n 53 kes aktif setakat Jumaat,” katanya.

Dr Ismuni berkata, kawasan Subzon 4 telah merekodkan kes paling tinggi iaitu sebanyak 20 kes, subzon 1 (19 kes) subzon 2 dan 3 masingmasi­ng (6 kes) dan subzon 5 (2 kes).

Selain itu, katanya, subzon 4 merekodkan kebolehjan­gkitan COVID-19 harian tertinggi sambil menasihatk­an penduduk di kawasan tersebut perlu mengawal pergerakan dan mematuhi SOP dalam aktiviti harian mereka.

Jelasnya, jumlah kes COVID-19 telah melepasi 40 kes dalam tempoh 14 hari dan pengisytih­aran semula zon merah itu selepas kemunculan kluster Pulau Enoe pada 31 Mac lalu.

Tambahnya, Kluster Jalan Kemajuan dengan 20 kes setakat ini yang melibatkan pekerja restoran dan kru kapal telah menjangkit­i generasi ketiga dan sedang dipantau rapi.

“10 jangkitan tempatan baharu dicatat pada Jumaat lalu terdiri daripada sukan petanque (empat kes), majlis tahlil (lima kes) dan satu kes dari taman asuhan kanakkanak (taska).

“Labuan masih dikaitkan dengan dua kluster aktif iaitu Kluster Jalan Kemajuan dan Pulau Enoe mempunyai kadar 2,351 kes COVID-19 bagi setiap 100,000 penduduk setakat Sabtu lalu, tertinggi berbanding dengan negeri lain,” katanya.

 ??  ?? ISMUNI
ISMUNI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia