Utusan Borneo (Sabah)

Dr Annuar santuni mangsa kebakaran di Kampung Jeriah

-

SIBU: Mangsa kebakaran di Kampung Jeriah Isnin lalu mendapat perhatian Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapa’ee.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka bergegas ke lokasi kebakaran sebaik dimaklumka­n mengenai kejadian sekitar jam 2 petang itu. Beliau turut menyampaik­an bantuan kilat kepada tiga keluarga yang terjejas peristiwa malang tersebut.

“Semoga semua mangsa kebakaran tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Sementara itu, sebuah rumah kayu dua tingkat jenis tidak kekal disewa tiga keluarga terbabit yang terdiri daripada 11 orang telah terbakar. Pihak bomba yang menerima panggilan kecemasan jam 2.47 petang segera menghantar sebuah jentera pemadam, EMRS dan kenderaan pacuan empat roda ke lokasi kejadian.

Api berjaya dikawal kirakira 15 minit sebelum dipadamkan sepenuhnya jam 4.10 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia