Utusan Borneo (Sabah)

Peluang dapat formula dan panduan bina perniagaan berjaya

-

KUCHING: Usahawan dan bakal usahawan berpeluang mendapatka­n formula, tip dan panduan penting untuk membina perniagaan yang berjaya dalam tempoh ekonomi yang sedang pulih ketika ini.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks Internatio­nal Sdn Bhd Radz Mohd, pihaknya ingin memberi bantuan dan sokongan kepada mereka untuk bangkit kembali dan menjana pendapatan yang lebih baik dengan berniaga terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sehubungan itu katanya, RichWorks akan menganjurk­an Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Nak Mula Berniaga (NMB) pada 23 hingga 25 April ini secara percuma.

“Kini ekonomi sedang mula kembali pulih dan ramai orang mula mencari jalan dan peluang yang ada terutama bagi mereka yang terjejas selepas hilang pekerjaan atau tiada kerja termasuk bisnes seperti dalam sektor pelanconga­n.

“Sebab itu, RichWorks mahu bantu mereka yang nak mula berniaga dengan cara yang betul. Mereka perlu bangkit kembali, jika tak mula sekarang bila lagi,” katanya semalam.

RichWorks melancarka­n NMB sempena ‘Inner Circle Meeting’ yang dihadiri lebih 300 ahli Titanium yang berada di bawah didikan Mentor Keusahawan­an dan Pakar Pemasaran No 1 Asia Master Coach Datuk Wira Dr Azizan Osman di Kuala Lumpur Convention Centre pada Ahad lalu.

Lebih 300 ahli Titanium ini merupakan usahawan jutawan yang bermula daripada pelbagai tahap termasuk dulunya perniagaan kecil-kecilan saja, dari rumah, tepi jalan dan online yang berada dalam program permentora­n RichWorks.

Tambah Radz, seperti dikatakan Azizan bahawa tidak ada masa yang betul untuk memulakan perniagaan selagi kita sendiri tidak memulakan tindakan yang melambatka­n kejayaan sendiri.

“RichWorks bersama Pengasas Datuk Wira Dr Azizan Osman telah melatih dan membimbing pelbagai tahap perniagaan usahawan itu berada, dari peringkat baru bermula (new business), sedang bermula (startup), perkembang­an (growing) dan memperluas­kan perniagaan (expansion).

“Ramai yang dulunya daripada kosong, hampir nak henti operasi, kini sudah bangkit dan capai jualan ratusan hingga jutaan ringgit sebulan. Daripada tiada apa-apa, kini sudah mampu bantu diri, keluarga di samping cipta peluang pekerjaan untuk orang lain,” jelasnya.

Radz memberitah­u, program berkenaan perlu dihadiri usahawan tidak kira baharu atau lama, suri rumah, pekerja awam atau swasta yang mahu mula berniaga dan graduan yang masih mencari peluangpel­uang pekerjaan.

“Jangan cepat berputus asa, dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan­nya. Kita sudah mengharung­i pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari tahun lalu, belajar dan mulakan sesuatu.

“Berniaga ini tidak mudah jika anda tidak ada ilmu, set minda dan kesungguha­n yang betul untuk mencapai impian masing-masing,” ujarnya.

Untuk pendaftara­n dan keterangan lanjut, sila layari www. BinaBisnes­Berjaya.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia