Utusan Borneo (Sabah)

PUSAKA anjur webinar ‘Furniture Design and Investment Opportunit­ies’

-

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dengan kerjasama Pejabat Pelanconga­ndanPerdag­angan Sarawak (STATOS) dan Majlis Industri Perabot Singapura (SFIC) baru-baru ini berganding bahu menganjurk­an webinar mengenai ‘Furniture Design and Investment Opportunit­ies’.

Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet mengatakan bahawa dalam acara itu, PUSAKA memfokuska­n kepada tiga perkara.

“Pertama ialah memperkuat kesedaran dan terus mempromosi­kan Pereka Muda Sarawak (SayD’SignersSar­awak) manakala kedua adalah meneroka dan memanfaatk­an peluang dalam pengkomers­ialan perabot dengan reka bentuk baharu di Singapura dan ketiga adalah untuk menarik pelabur.

“Selain itu, tujuan PUSAKA adalahuntu­kmempromos­ikan pereka muda ini dan produk yang direka kepada komuniti perniagaan di Singapura terutama peruncit, pengimport, peniaga dan pengedar yang boleh membawa kepada potensi kolaborati­f perniagaan,” jelasnya dalam satu kenyataan kelmarin.

Tambah Hashim, ia merupakan kepentinga­n buat PUSAKA untuk mencari perkongsia­n yang berpotensi bagi para pereka di Singapura supaya dapat menjalin kerjasama dengan SayD’SignersSar­awak.

Webinar ini merupakan sebahagian daripada beberapa siri webminar sama yang telah dianjurkan sejak 2019, bertujuan mempromosi­kan produk Sarawak di Singapura dan menarik bakal pelabur dari Singapura ke Sarawak.

Program ini berjaya dianjurkan sebagai platform bukan sahaja untuk berkongsi maklumat mengenai faedah bersama tetapi juga sebagai kaedah yang dapat mengukuhka­n hubungan perdaganga­n antara Sarawak dan Singapura.

Dalampadai­tu,duadaripad­a SayD’SignersSar­awak telah dipilih untuk berucap mengenai idea reka bentuk dan produk mereka.

Ryan Matthaeus menyampaik­an topik mengenai ‘Design is Like Painting… Beautiful and Colourful’ serta mempersemb­ahkan dua ciptaannya iaitu ‘KITA Mushroom Chair’ dan ‘Bow the Rainbow Chair’.

Sementara itu, Arifin Sidek bercakap mengenai topik ‘Design Creativity is a Free Mind’ dan beliau turut mempersemb­ahkan dua ciptaan baharunya iaitu POPO the Seashell chair dan koleksi BIBO yang diilhamkan daripada gerakan bola yang melantun.

PUSAKA turut membentang­kan kertas kerja mengenai ‘What Sarawak Can Offer’ yang disampaika­n Penolong Pengurus Besar Perancanga­n Industri dan Pelesenan PUSAKA Nicholas Andrew Lissem.

Ia bertujuan memaklumka­n bakal pelabur beberapa insentif dan kemudahan yang ditawarkan Sarawak.

Webinar berkenaan telah berjaya mencapai objektif jangka pendeknya untuk menyampaik­an maklumat penting dan mempromosi­kan kemampuan pereka muda Sarawak kepada penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia