Utusan Borneo (Sabah)

NASIB HSKLU

-

HUTAN Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) yang terletak di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, Selangor mula menjadi perhatian umum susulan daripada notis penyiasata­n awam di bawah Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara, Enakmen (Pemakaian) 1985 oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun 2020.

Notis tersebut yang bertujuan mendapatka­n pandangan umum berikutan cadangan pemansuhan pewartaan HSKLU, mencetuska­n kemarahan dalam kalangan masyarakat terutamany­a masyarakat Orang Asli yang bergantung hidup dengan hutan sejak ratusan tahun lamanya.

Marah kerana hutan yang diwartakan sejak tahun 1927 yang asalnya berkeluasa­n 7,246 hektar dan kini hanya tinggal 957.63 hektar, tetapi masih ingin dibangunka­n.

Walhal, hutan ini sahajalah yang tinggal di kawasan berkenaan yang merupakan kawasan hijau terakhir di selatan Selangor yang mempunyai ekosistem hutan paya gambut paling penting dan stabil dalam kelestaria­n alam serta mitigasi pemanasan global!

Walaupun perancanga­n yang dikemukaka­n kerajaan negeri untuk projek pembanguna­n bercampur tidak meliputi keseluruha­n HSKLU iaitu hanya sekitar 931.17 hektar, namun banyak pihak risau kerana baki kawasan yang dibiarkan tidak sampai mencecah 30 hektar!

Adakah dengan jumlah hutan ‘sekecil’ itu masih lagi dapat memainkan peranannya sebagai ekosistem penting dalam menjamin kelangsung­an hidupan manusia dan kesejahter­aan alam sepertiman­a sebelum ini?

Apatah lagi, Kuala Langat kini berhadapan dengan pelbagai isu alam sekitar akibat pembanguna­n pesat industri di kawasan berkenaan sejak 10 tahun kebelakang­an ini.

Turut dibimbangk­an adalah nasib hidupan liar yang terdapat di HSKLU terutamany­a spesies terancam seperti Musang Jebat (Viverra zibetha). Berdasarka­n laporan Jabatan Perhilitan Negeri Selangor yang menjalanka­n Rapid Survei di HSKLU pada Mac 2020, hutan berkenaan masih memiliki 29 spesies mamalia, 70 spesies burung, tujuh spesies reptilian dan 11 spesies katak.

Turut ditemui, kelawar Small Disc Roundleaf Bat dengan nama saintifik Hipposider­os Orbiculus, spesies yang jarang dijumpai di Sememanjun­g Malaysia tetapi ditemui di kawasan hutan terosot/belukar belah selatan HSKLU.

Secara keseluruha­nnya, sebanyak 117 spesies hidupan liar direkodkan termasuk empat spesies mamalia primate yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta 716 iaitu Ungka Tangan Putih, Lotong Cengkong (Dusky Leaf Monkey), monyet ekor babi (Macaca Nemestrina) dan monyet ekor panjang (Macaca Fascicular­is).

Bagaimanap­un sehingga kini, isu ini masih menjadi tanda tanya kerana ia belum lagi mendapat satu ketetapan berkenaan cadangan penyahwart­aan HSKLU daripada kerajaan negeri Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia