Utusan Borneo (Sabah)

Zakat fitrah di Pahang kekal RM7, bayaran secara dalam talian digalakkan

-

PEKAN: Kadar bayaran zakat fitrah di Pahang bagi tahun ini dikekalkan RM7, dengan umat Islam digalakkan menggunaka­n kaedah pembayaran secara dalam talian dan aplikasi digital, susulan pandemik COVID-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Datuk Ahmad Hairi Hussain berkata, Sultan Pahang iaitu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Ketua Agama Islam negeri, telah memperkena­nkan kadar bayaran itu.

Menurut beliau, bagi melancarka­n urusan kutipan zakat fitrah, seramai 942 orang amil telah ditauliahk­an untuk melaksanak­an urusan kutipan zakat di negeri ini, dan umat Islam dinasihatk­an melakukan pembayaran hanya kepada amil yang dilantik.

“Namun, dalam usaha memutuskan rantaian COVID19, kita menggalakk­an umat Islam membuat bayaran secara dalam talian, iaitu melalui capaian ezakat.muip.gov.my atau menerusi aplikasi PahangGo,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Mengulas mengenai pambayaran zakat fitrah melalui amil beliau berkata, tiada lafaz akad dan bersalaman dibenarkan, bagaimanap­un bacaan doa ringkas dibolehkan.

“Selain mengekalka­n jarak fizikal satu meter, amil harus memakai pelitup muka, sarung tangan dan menggunaka­n cecair pembasmi kuman, dengan memastikan kaunter kutipan sentiasa dalam keadaan bersih sebelum dan selepas kutipan dijalankan,” jelasnya.

Ahmad Hairi menegaskan mana-mana individu yang bergejala seperti demam, batuk, selsema, tidak dibenarkan sama sekali hadir di tempat kutipan zakat fitrah, selain hanya seorang sahaja pembayar dibolehkan berada di kaunter bayaran.

“Pembayar perlu menyediaka­n wang secukupnya mengikut jumlah sepatutnya dan bersurai sebaik sahaja selesai urusan pembayaran zakat fitrah,” katanya menambah waktu kutipan bermula selepas Subuh sehingga waktu Maghrib sahaja, bagi individu yang ingin membuat pembayaran di masjid atau surau.

Menurut beliau, kaunter zakat fitrah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Ahmad Hairi juga mengingatk­an bahawa mereka yang memungut zakat fitrah tanpa dilantik MUIP, boleh didakwa di bawah Seksyen 38, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, beliau memaklumka­n kadar kutipan zakat fitrah bagi tahun lepas merekodkan lebih sejuta pembayar, dengan jumlah kutipan dicatatkan sebanyak RM6.1 juta.

“Bagi tahun ini, lebih RM4.6 juta akan disalurkan bagi bantuan menyambut Aidilfitri golongan fakir miskin, manakala RM1.8 juta bagi saudara muslim serta mualaf selain RM3.5 juta sumbangan Ihya Ramadan bagi masjidmasj­id di Pahang,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? ZAKAT: Ahmad Hairi menunjukka­n gambar kedudukan pembayar zakat fitrah secara bersemuka ketika majlis Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang Tahun 1442H / 2021 semalam.
— Gambar Bernama ZAKAT: Ahmad Hairi menunjukka­n gambar kedudukan pembayar zakat fitrah secara bersemuka ketika majlis Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang Tahun 1442H / 2021 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia