Utusan Borneo (Sabah)

USIA disaran terus gerakkan dakwah

Islam punyai sistem lengkap merangkumi keseluruha­n aspek kehidupan

-

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) disarankan supaya terus melaksanak­an dakwahnya kerana ianya merupakan ‘ko bisness’ sebagai adaptasi sehingga dakwah Islamiah itu dapat menjadi pencerahan, pemikiran dan membawa kesejahter­aan serta keamanan hidup.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd. Arifin Arif menyatakan demikian ketika mengadakan perjumpaan dengan Yang Dipertua dan Ahli Majlis Tertinggi USIA di Menara USIA, PH Level 12, 1Borneo, Jalan Sulaman Kota Kinabalu pagi kelmarin.

Katanya, Islam mempunyai sistem yang lengkap dengan merangkumi keseluruha­n aspek kehidupan dan Islam adalah sistem hidup lengkap yang inklusif.

Menurut beliau USIA hendaklah terus relevan dan mengatur langkah supaya setiap dakwahnya selari dengan objektif dan matlamat penubuhann­ya.

Beliau yang juga merupakan bekas Naib Yang Dipertua USIA, mahu bangunan USIA yang ada sekarang ini terletak di Sembulan dipertahan­kan mercu tandanya kerana ia merupakan sejarah dan bermulanya dakwah Islamiah USIA di negeri Sabah.

“Alhamdulil­lah, umat Islam di negeri ini, sebahagian besarnya telah mengenali USIA dan perjuangan­nya.

“USIA mestilah didokong dengan semangat dan jiwa yang kental walaupun menerima cabaran dan halangan,” jelasnya.

Katanya, kejayaan memperjuan­gkan penubuhan Majlis Agama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) sebagai satu peluang yang amat kondusif untuk bertindak merealisas­ikan hasrat untuk mengangkat martabat Islam di Sabah.

Beliau berharap USIA akan bekerjasam­a dengan persatuan-persatuan , NGO Islam dan agnesi kerajaan yang lain dalam menggerakk­an dakwah di negeri ini agar dapat membina kehidupan ummah yang lebih baik di dunia dan di akhirat.

Arifin juga melahirkan terima kasih kepada USIA kerana telah memberi kerjasama dan kebenaran kepada JHEAINS untuk membina Sekolah Agama Rendah (SAR)di tapak tanah kepunyaann­ya di Tambunan.

“Moga kerjasama yang erat ini akan berterusan dalam menyediaka­n kemudahan untuk anak bangsa menimba ilmu dan menjadikan mereka manusia berguna kepada masyarakat, agama dan negara suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu Yang Dipertua USIA, Datuk Sairin Karno mewakili Ahli Majlis Tertinggin sehinggala­h kepada ahli USIA melahirkan terima kasih ke atas perjumpaan yang julung kalinya dibuat oleh seorang Menteri Sabah.

Beliau percaya perjumpaan ini boleh dijadikan jambatan silaturahi­m dalam memperting­katkan gerak kerja tersusun dan teratur dalam memantapka­n perjalanan dakwah dan syiar Islam.

Kejayaan USIA di masamasa lalu akan dijadikan suntikan semangat dalam meneruskan perjalanan dakwah USIA.

Dalam majlis itu Arifin juga menyampaik­an sumbangan RM120 ribu daripada Majlis Agama Islam Sabah (Tabung Zakat) kepada USIA (Pentadbira­n RM40 ribu, Belia

RM60 ribu dan Wanita RM60 ribu) perbelanja­an untuk melaksanak­an dakwah masing-masing.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Sapdin Ibrahim, Setiausaha Tugas-Tugas Khas Menteri, Ramlan Awang Ali, Setiausaha MUIS dan Rorjeli Dais, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah sementara dari USIA Datuk Hamzah Datuk Mohd. Zakaria, Setiausaha Agung USIA, Datuk Matin Datuk Pandin, Penolong Setiausaha Agung, Dato’Sani yahamin, Edul mulud, Nanih AbahJamli Suntang, Naib Ketua Belia dan Rubiah Nordin, Setiausaha Wanita USIA.

 ??  ??
 ??  ?? BUAH TANGAN: Kelihatan Arifin sedang menyampaik­an cek replika RM40,000 kepada Sairin.
BUAH TANGAN: Kelihatan Arifin sedang menyampaik­an cek replika RM40,000 kepada Sairin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia