Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tidak benarkan bazar Ramadan

Berikutan jangkitan COVID-19 masih dalam keadaan tidak stabil

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tidak membenarka­n aktiviti bazar Ramadan di Sabah tahun ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, keputusan itu dibuat berikutan jangkitan COVID-19 di negeri ini yang masih dalam keadaan tidak stabil.

Katanya, beberapa kluster akibat penganjura­n majlis sosial dan keramaian turut berlaku di samping tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang rendah dalam kalangan rakyat.

Menurutnya, sebanyak 60 kes positif baharu dilaporkan pada 7 April menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah sebanyak 55,294 kes.

Bagaimanap­un katanya, tiada kes kematian dan kluster baharu direkodkan.

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di dua lokasi iaitu Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu Kota Belud yang dijadualka­n tamat pada 8 April 2021.

“Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahka­n baki kes aktif di lokaliti Kampung Lebak Moyoh terkawal dan semua kes positif menerima rawatan manakala kontak rapat diasingkan serta dipantau sehingga hari ke-14,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, KKM turut mengesahka­n baki kes aktif di lokaliti Kampung Siasai Tamu terkawal dengan kes terakhir dilaporkan pada 22 Mac sebanyak lima kes.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia