Utusan Borneo (Sabah)

KERAJAAN SEDIAKAN RM4.259 JUTA

Untuk baik pulih dan naik taraf kemudahan di Sandakan

- Oleh Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri menyediaka­n peruntukan sebanyak RM4.259 juta untuk kerjakerja membaik pulih dan menaik taraf kemudahan di daerah ini.

Daripada jumlah itu, RM1.259 juta diperuntuk­kan untuk membaik pulih dan menaik taraf Pasar Umum Sandakan, manakala RM1.4 juta untuk membaiki tempat letak kereta di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan dan RM1.6 juta untuk menaik taraf tempat letak kereta di Kampung Sim-Sim.

Menurut beliau, peruntukan telah diberi dan ia terpulang kepada Majlis Perbandara­n Sandakan untuk mulai melaksanak­an kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf.

“Saya telah mengadakan lawatan kerja di Sandakan termasuk melawat Pasar Umum Sandakan. Kerajaan negeri menyediaka­n peruntukan untuk membaik pulih pasar ini kerana banyak yang perlu dibaiki, dicat dan sebagainya.

“Kita berharap dengan pembaikan dan penaikan taraf ini, keadaan di pasar ini akan dapat memberi keselesaan kepada pengunjung dan juga peniaga.

“Begitu juga dengan pembaikan tempat letak kereta di HDOK Sandakan dan Kampung Sim-Sim yang mana kita harap dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

Dalam lawatan itu, beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra bersama peniaga di pasar sayur, ikan dan daging.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai aktiviti bazar Ramadan yang tidak dibenarkan di Sabah pada tahun ini, Hajiji berkata, tindakan itu diambil bagi mengelak penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

Katanya, selain bazar Ramadan, banyak lagi perkara atau aktiviti yang sepatutnya diadakan tetapi terpaksa dibatalkan atau ditangguhk­an dengan tujuan untuk memastikan keselamata­n rakyat dari penularan wabak itu.

 ??  ?? TINJAU: Hajiji meluangkan masa meninjau aktiviti perniagaan di Pasar Umum Sandakan.
TINJAU: Hajiji meluangkan masa meninjau aktiviti perniagaan di Pasar Umum Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia