Utusan Borneo (Sabah)

Jajaran Bongawan Papar sumbang jaringan infrastruk­tur efisien

-

PAPAR: Pembinaan jajaran Bongawan Papar bakal menyumbang kepada jaringan infrastruk­tur yang efisien.

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof, penaiktara­fan jajaran tersebut juga akan menambah baik akses jalan raya yang menghubung­kan Bongawan dan beberapa lokasi lain.

“Pembinaan jajaran Bongawan-Papar akan meningkatk­an jaringan jalan raya yang efisien terutamany­a kepada komuniti di daerah Papar dan kawasan sekitarnya.

“Di samping itu, pembinaan jajaran Bongawan-Papar juga akan menyumbang kepada kewujudan peluang pekerjaan serta pemangkin kepada pembanguna­n sosioekono­mi terutamany­a industri ekopelanco­ngan di kawasan Bongawan, Kimanis dan Papar,” katanya dalam sidang media selepas melawat ke tapak Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja (WP 04) Bongawan-Papar dekat Kimanis, semalam.

Jelas Fadillah, susulan penamatan Rakan Pelaksana Projek pada 22 September 2019, kerajaan giat meneruskan agenda pembinaan lebuhraya itu melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

“Sebagai Pegawai Penguasa, JKR Sabah bertanggun­gjawab melaksanak­an 11 Pakej Kerja (WP) jajaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah termasuk Pakej Kerja (WP 04) Bongawan-Papar.

“Pakej kerja ini melibatkan kerja-kerja naiktaraf jalan sedia ada kepada dua lorong sehala (two-lane single carriagewa­y) piawaian Arahan Teknik Jalan JKR (R5) bermula daripada Bongawan ke Simpang Benoni, Papar sepanjang 22.6 km.

“Sehingga Mac 2021, status kemajuan pelaksanaa­n jajaran Bongawan-Papar adalah 48 peratus,” ujar beliau.

Tambahnya, ke arah menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur jalan raya yang efisien, komitmen turut diberikan kepada pelaksanaa­n tiga pakej kerja baharu dan satu lagi pakej kerja melibatkan laluan dari Tawau ke Semporna yang telah ditamatkan kontrak sebelum ini.

Selain itu, kerajaan turut meluluskan satu lagi pakej kerja baharu yang melibatkan laluan dari Serusop ke Pituru dengan kos sebanyak RM513 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan dijangka akan mula dilaksanak­an pada suku ketiga 20, sekali gus menjadikan keseluruha­n 16 pakej kerja diteruskan pelaksanaa­nnya pada ketika ini.

Dedah beliau, secara keseluruha­n, status kemajuan pembinaan bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sehingga Mac 2021 bagi 11 pakej kerja yang telah dimulakan adalah 49 peratus.

Bagi menambah baik kaedah konvension­al sedia ada, kata Fadillah, pelantikan Project Management Consultant (PMC), Independen­t Consultant Engineer (ICE) dan Perunding Teknologi Maklumat (ICT) akan turut dimuktamad­kan dalam masa terdekat bagi memastikan kelancaran pelaksanaa­n projek lebuh raya berkenaan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Sri Bung Moktar Radin, Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Limus Juri, Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian, Mohd Tamin Zainal dan Ahli Parlimen, Datuk Mohamad Alamin. —Penerangan.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Bung (kanan) dan Limus (kiri) bersama Fadillah pada sidang media.
SIDANG MEDIA: Bung (kanan) dan Limus (kiri) bersama Fadillah pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia