Utusan Borneo (Sabah)

Contohi semangat kerjasama jabatan miliki pencapaian terbaik

- Oleh Siti Aisyah Narudin

TUARAN: Pencapaian Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tuaran meraih kejayaan dari pelbagai peringkat perlu dijadikan contoh oleh jabatan yang lain.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, semangat saling bekerjasam­a yang diamalkan PPD berkenaan membawa hasil kerja yang lebih baik.

Katanya, tidak hairanlah banyak kejayaan yang dicapai PPD Tuaran di pelbagai peringkat.

“Kejayaan kita juga sebenarnya bergantung kepada cara kita saling berkomunik­asi dan akhirnya dapat mengendali­kan segala tugasan bersama-sama.

“Bahkan, individu yang berprestas­i tinggi juga tidak mampu bersaing dengan mereka yang mengutamak­an kerja secara berkumpula­n,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan singkatnya pada Program Gimik Pelancaran ‘Hike and Ride’ Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Tuaran di sini kelmarin.

Menurutnya, semangat kekitaan dan bekerja dalam satu pasukan menjadi kunci kejayaan bagi sebuah jabatan. Sehubungan itu katanya, dengan semangat kekitaan, prestasi kerja akan turut meningkat, sekali gus membangunk­an komitmen terhadap satu sama lain dalam mencapai matlamat bersama.

Dalam pada itu, mengulas mengenai program berkenaan beliau berkata, aktiviti berbasikal kini seolah-olah menjadi satu ‘penyakit’.

Namun jelasnya, dari sudut yang positif ia juga boleh dijadikan sebagai aktiviti sampingan untuk kesihatan.

“Tahniah kepada PPD Tuaran menerusi kelab dan persatuan yang terlibat kerana walaupun jadual mereka ketat tapi masih mampu membuat program sebegini yang memperliha­tkan semangat kekitaan mereka yang begitu kuat,” katanya.

Terdahulu, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran Wanihim Othman berkata, program itu dianjurkan oleh tiga persatuan iaitu Persatuan Sukan dan Kebudayaan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Daerah Tuaran, Kelab Staf PPD Tuaran dan Persatuan Wanita Jabatan Pendidikan Daerah Tuaran (PEWANIS).

Jahid turut berkesempa­tan menunggang beberapa jenis basikal yang digunakan oleh para peserta program dan dibawa melawat ke sekitar bangunan PPD Tuaran.

Turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancanga­n) Rozalind Joannes; Timbalan PPD (Sektor Pembanguna­n Murid) Mohd Hanim Mohd Goss dan Timbalan PPD (Sektor Pengurusan) Jamdin Jeman.

 ??  ?? LANCAR: Jahid (tengah) bergambar bersama para peserta yang terlibat dalam acara berbasikal dan mendaki bukit.
LANCAR: Jahid (tengah) bergambar bersama para peserta yang terlibat dalam acara berbasikal dan mendaki bukit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia