Utusan Borneo (Sabah)

Dr Jeffrey terima sokongan masyarakat Cina pertahan Parlimen Keningau

- Oleh Henry Bating

KENINGAU: Ketua-ketua masyarakat Cina di sini menyambut baik hasrat Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Dr Jeffery Kitingan mempertaha­nkan kerusi Parlimen Keningau pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijangka beberapa bulan dari sekarang.

Ketua Masyarakat Cina Kapitan Anthony Chong berkata, perjuangan serta kepimpinan Dr Jeffery yang dianggap belum ada pengganti sesuai atas upaya konsisten memperjuan­gkan hak-hak rakyat negeri ini dari dahulu hingga sekarang.

“Kepimpinan dan perjuangan Dr Jeffery mula terserlah dan diterima sebilangan besar rakyat di negeri ini termasuk masyarakat Cina melalui penyertaan beberapa tokoh pemimpin kaum Tionghua berpengaru­h ke dalam Parti STAR,”katanya.

Kapitan Cleyrance Lee pula melihat, kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kawasan Parlimen Keningau seperti Liawan dan Bingkor amat proaktif melaksanak­an tugas yang secara langsung mendukung kepimpinan Dr Jeffrey sebagai pemimpin utama di negeri ini.

Cleyrance mengambil contoh ADUN Liawan Datuk Annuar Ayub Aman yang mereka sifatkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat, rendah hati serta berpandang­an jauh dan komited melaksanak­an pembanguna­n infrastruk­tur demi kesejahter­aan rakyat.

“Annuar mempunyai kelebihan tersendiri sebagai Ketua Bahagian STAR Liawan di mana bukan sahaja rajin ‘turun padang’ tetapi juga seorang pemimpin yang responsif, disenangi dan sentiasa mendengar keluhan rakyat,” katanya.

Berkaitan pelantikan beberapa ketua masyarakat Cina, Kapitan Liew Tze Soon bertekad menghasilk­an perkhidmat­an cemerlang untuk membantu ADUN Liawan mendukung usaha Dr Jeffrey memperjuan­gkan kesejahter­aan rakyat.

Liew menyifatka­n tanggungja­wab mereka sebagai suatu amanah kepada rakyat untuk membantu semua golongan tanpa mengira fahaman politik, kepercayaa­n agama dan bangsa.

Kapitan Fung Chun Shiung pula menyambut pelantikan­nya dengan tekad memberi khidmat terbaik sesuai dengan matlamat perjuangan Dr Jeffrey agar rakyat memperoleh gambaran tentang keberkesan­an kerajaan yang ada sekarang.

 ??  ?? DR JEFFREY KITINGAN
DR JEFFREY KITINGAN
 ??  ?? DR. JERRERY
DR. JERRERY
 ??  ?? LIEW TZE SOON
LIEW TZE SOON
 ??  ?? CLEYRANCE LEE
CLEYRANCE LEE
 ??  ?? FUNG CHUN SHIUNG
FUNG CHUN SHIUNG
 ??  ?? ANTHONY CHONG
ANTHONY CHONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia