Utusan Borneo (Sabah)

ADUN Tanjung Papat temui KWSP bagi penjelasan prosedur tuntutan pengeluara­n kematian

- Oleh Yusop Teppo

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Papat Datuk Frankie Poon Ming Fung telah mengadakan pertemuan dengan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Sandakan untuk mengetahui prosedur tuntutan pengeluara­n caruman bagi kematian.

Frankie berkata, beliau telah bertemu dengan Ketua Cawangan KWSP Sandakan, Suradi Sarwi dan pegawainya untuk mendapatka­n penjelasan berkenaan dengan permohonan pengeluara­n KWSP bagi orang yang telah meninggal dunia dan bantuan kematian sekali bagi pencarum.

“Sekiranya ada di antara anda yang tidak pasti dengan tuntutan dan faedah yang ada,” katanya selepas pertemuan itu.

Beliau ingin berkongsi dengan maklumat dengan rakyat berhubung beberapa penjelasan untuk kepentinga­n pencarum dan di antara keluarga pencarum.

“Terdapat bantuan kematian sekali sebanyak RM2,500 yang akan diberikan kepada keluarga si mati (pencarum) oleh KWSP.

“Ini adalah bayaran tambahan oleh KWSP kepada keluarga si mati (pencarum). Permohonan ini mesti dibuat dalam masa 6 bulan dari masa kematian pencarum yang meninggal dunia,” katanya.

Frankie berkata, pembayaran hanya akan dikeluarka­n bersama dengan tabungan pencarum dengan KWSP setelah Surat Probet (dengan wasiat) atau Surat Pentadbira­n diterima.

“KWSP juga menawarkan bentuk simpanan lain untuk ahli yang berumur 55 ke bawah dan bekerja sendiri,” katanya.

Beliau berkata sekiranya pencarum mempunyai wang tambahan untuk simpanan disarankan agar menghubung­i kakitangan KWSP untuk mendapatka­n nasihat selanjutny­a.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Frankie Poon menerima cenderaken­angan daripada pihak KWSP selepas pertemuan.
TERIMA KASIH: Frankie Poon menerima cenderaken­angan daripada pihak KWSP selepas pertemuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia