Utusan Borneo (Sabah)

30 peratus perniagaan ahli Persatuan PKS Sabah terpaksa ditutup

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 30 peratus ahli Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah khususnya sektor perlancong­an terpaksa tutup disebabkan pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan PKS Sabah Foo Ngee Kee berkata, terdapat 140 ahli persatuan berkenaan di seluruh Sabah dan 20 peratus sehingga 30 peratus terpaksa tutup perniagaan.

Katanya, perniagaan mereka terpaksa ditutup bagi menghentik­an aliran tunai supaya mereka boleh memulakan semula perniagaan apabila keadaan mula pulih.

“Hotel saya sendiri (Courtyard Hotel 1Borneo) pun turut bergelut untuk bertahan sepanjang tempoh pandemik ini.

“Bagaimanap­un katanya, kedai kopi khususnya adalah perniagaan yang pertama pulih daripada kegawatan dihadapi memandangk­an perniagaan mereka kini sudah pulih sehingga 80 peratus,” katanya ketika ditemui di Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Jawatankua­sa Baharu sesi 2021 - 2024, di sini, kelmarin.

Katanya, restoran-restoran dan kedai kopi sebelum ini juga berhadapan dengan cabaran getir pada Oktober tahun lepas memandangk­an orang awam masih takut untuk keluar rumah disebabkan penularan COVID-19.

Bagaimanap­un katanya, kini segalanya sudah terkawal dan pengguna mula keluar dari rumah untuk berbelanja di luar.

“Hotal saya kini juga mula pulih sebanyak 20 peratus, ia peningkata­n dua kali ganda berbanding pada tempoh berkurung sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Foo turut berharap kerajaan boleh menyaranka­n institusi kewangan untuk memberikan rebat kadar faedah kepada para peminjam.

Katanya, ramai peniaga tidak dapat menjana sebarang pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi bank tetap mengenakan caj faedah yang maksimum.

“Bank tetap menjana keuntungan besar walaupun perniagaan mengalami kerugian disebabkan pandemik COVID-19.

“Sehingga kini bank masih belum memberikan sebarang manfaat rebat sebagai tanda penghargaa­n kepada para komuniti peniaga yang telah menjana pendapatan kepada institusi kewangan berkenaan sejak bertahun-tahun lamanya,” katanya.

Beliau mencadangk­an pemberian peratusan bank kredit daripada jumlah faedah dikenakan kepada peminjam secara bulanan untuk satu tempoh tertentu.

“Contohnya faedah pinjaman RM10,000, bank boleh memberikan kredit sebanyak RM3,000 kepada peminjam setiap bulan dan pada masa yang sama ianya tidak mengganggu formula kadar faedah yang dikenakan.

“Oleh itu, saya menyeru kerajaan untuk menyaranka­n institusi kewangan bagi melaksanak­an rebat kadar faedah kepada para peminjam,” katanya.

Sementara itu, Foo menjelaska­n pihaknya memainkan peranan penting sebagai perantara di antara agensi kerajaan dalam berkongsi maklumat penting dalam PKS.

Katanya, beliau juga telah meminta sejumlah kuota bantuan kewangan untuk PKS Sabah dan AmBank kini telah menawarkan bantuan berkenaan bernilai RM100 juta untuk PKS di negeri ini.

Foo juga mendedahka­n Persatuan Pemborong Malaysia telah menawarkan tapak seluas 3,000 kaki persegi kepada Jabatan Pembanguna­n Perindustr­ian dan Penyelidik­an (DIDR) Sabah di GM Klang Wholesale City selama setahun tanpa caj sewaan bagi mempamerka­n produk Sabah.

“Ini adalah peluang kepada usahawan tempatan Sabah untuk mempamerka­n produk mereka, rugi sekiranya peluang ini tidak diambil.

“Selain itu China-ASEAN Expo (CAEXPO) di Nanning China juga peluang baik kepada usahawan Sabah untuk memasarkan produk mereka di pasaran antarabang­sa,” katanya.

Katanya, Persatuan PKS Sabah telah membuat lawatan ke CAEXPO pada 2019 dan mendapati pameran yang diadakan sangat menarik.

Menurutnya, usahawan dari Malaysia yang terdiri daripada 167 peserta berjaya menjana jualan sebanyak RM650 juta.

“Kebanyakan pelanggan datang beli dalam kuantiti volum yang sangat besar untuk bekalan sekurang-kurangnya setahun.

“Kita harus membawa usahawan Sabah yang mempunyai produk sesuai ke expo ini,” katanya.

Persatuan PKS Sabah dalam pada itu telah memilih 10 Ahli Jawatankua­sanya iaitu Callee Tan Kai Lee, Samantha Oh, Mak Koon Ngam, Kelly Tan Swee Eng, Leo Liew Yih Xin, Mark Mak Khoo Hooi, Eric Ooi Xin Hau, Lau Jiin Woei, Alvin Choo, Oh Vui Teck, Goh Choon Keat dan Chia Khuin Fung.

Foo, Timbalan Presiden Tan Kai Teck, Naib Presiden Wifred Lim, Pengasas dan Naib Presiden Ngan Yoke Loo, Setiausaha Agung Lie Chun Vui, Timbalan Setiausaha Ivy Ting Soo Vi, Penolong Setiausaha Jonathan Kwan Lai Kok, Bendahari Willie Lo, Penolong Bendahari Philip KY Yong telah dipilih tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup pada 31 Mac lalu.

Dua Naib Presiden dilantik iaitu Terrance Chong Kett Chiew dan Daniel Shim. PKS Sabah juga telah melantik Ahli Majlis Setempat untuk Tawau iaitu Lee Kok Kiang dan John Phung, Chang Yeh Chun (Lahad Datu), Ronnie Hiew Ah Choy (Keningau).

Untuk Sandakan, ianya akan dijawat oleh Daniel Shim dan Ivy Ting. Terdapat juga lima Ahli Majlis baharu yang dilantik untuk penggal kedua iaitu Sky Sak (Ranau), Leong Chan Fatt (Kudat), Poh Jet Hwa (Labuan), Deledda Tan (Kota Kinabalu) dan Oh Vui Teck (Kota Kinabalu).

Pengasas dan Mantan Timbalan Presiden PKS Sabah Michael Chin Wee Yee turut dilantik sebagai penasihat kehormat dan melantik semula Datuk Frankie Liew sebagai Presiden Sepanjang Hayat dan Datuk Henry Hing sebagai Penasihat Kehormat.

Chong Chui Ling dan Sucy Ng Lee Fong turut dilantik sebagai Penasihat Perundanga­n.

 ??  ?? KENANGAN: Foo (duduk, tengah) bersama para ahli jawatankua­sa Persatuan PKS Sabah bagi penggal 2021/2024.
KENANGAN: Foo (duduk, tengah) bersama para ahli jawatankua­sa Persatuan PKS Sabah bagi penggal 2021/2024.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia