Utusan Borneo (Sabah)

Kekang penularan COVID-19, Limbang batal bazar Ramadan

-

LIMBANG: Susulan peningkata­n mendadak kes COVID19 di daerah Limbang, Majlis Daerah Limbang (MDL) mengambil keputusan membatalka­n penganjura­n bazar Ramadan di daerah ini pada tahun ini.

Wali Kotanya Kaunselor Sufian Mohat berkata, keputusan itu dibuat bagi mengekang penularan kes COVID-19 di kawasan yang menjadi tumpuan ramai.

“Selain Bazar Ramadan di bawah kelolaan MDL, kita juga membatalka­n penganjura­n bazar yang dianjurkan melalui persatuan, syarikat dan bazar mini di kawasan kampung.

“Bagaimanap­un kita membenarka­n peniaga berniaga di kawasan rumah masing-masing dengan memohon permit daripada MDL dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Limbang Muhamad Firhan Iskanda .

Sufian turut memberitah­u, peniaga di kawasan rumah tidak perlu menjalani ujian calitan RT-PCR, sebaliknya perlu mematuhi SOP ketat dan permit MDL.

“Kita galakkan peniaga memohon permit ini yang dikenakan secara percuma, ia penting sebagai rekod kita dan MDL akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang tidak mempunyai permit semasa berniaga,” katanya.

Sementara itu katanya, aktiviti perniagaan melibatkan Tamu Khamis, Jumaat, Tamu kelolaan FAMA dan Night Street Market turut dibatalkan berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak.

“Ini adalah langkah MDL bersama-sama membantu pihak Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) menangani penularan COVID-19,” katanya lagi.

 ??  ?? BATAL BAZAR: Sufian (duduk, tiga kiri), Firhan dan yang lainnya pada mesyuarat semalam.
BATAL BAZAR: Sufian (duduk, tiga kiri), Firhan dan yang lainnya pada mesyuarat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia