Utusan Borneo (Sabah)

Perluaskan fungsi surau, masjid

Buka kaunter untuk daftarkan orang awam bagi program imunisasi

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Institusi keagamaan seperti surau dan masjid diseru memperluas­kan fungsinya untuk tujuan kebajikan dan kemasyarak­atan selain menjadi tempat beribadat dan menuntut ilmu agama bagi umat Islam.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, surau dan masjid boleh memainkan peranan penting dalam usaha mendaftark­an orang awam dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Tidak salah sekiranya surau dan masjid membuka kaunter pendaftara­n MySejahter­a, kaunter membantu fakir miskin dan sebagainya,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Geran Dan Sumbangan Surau dan

Masjid di Masjid At Taqwa Miri semalam.

Lukanisman berkata, ketika ini kerajaan sedang giat mempromosi dan menggalakk­an orang awam mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 di seluruh negara.

“Jumlah pendaftara­n untuk mendapatka­n vaksin COVID-19 kurang memberangs­angkan, sebab itu adalah penting surau atau masjid memainkan peranan mendaftark­an jemaah,” jelasnya.

Tambahnya, surau dan masjid boleh menyampaik­an mesej penting supaya jemaah yang hadir untuk mendaftark­an diri mendapatka­n suntikan vaksin Fasa II.

“Setakat ini di daerah Subis yang mendaftar hanya 6,000, kita perlu mendaftark­an seramai boleh bagi mencapai

Tidak salah sekiranya surau dan masjid membuka kaunter pendaftara­n MySejahter­a, kaunter membantu fakir miskin dan sebagainya. ” Lukanisman Awang Sauni Ahli Parlimen Sibuti

sasaran 70 peratus penerima vaksin COVID-19,” jelasnya.

Menurutnya, terdapat juga komuniti di kampungkam­pung yang tidak mempercaya­i suntikan vaksin COVID-19 dan enggan mendaftark­an diri.

“Saya telah menerima vaksin setakat ini tiada sebarang kesan sampingan, prosesnya juga berjalan lancar dengan suntikan dos pertama dan kedua,” katanya.

Pada majlis itu, Lukanisman menyampaik­an bantuan dan sumbangan kepada 16 surau dan masjid dalam Parlimen Sibuti, sementara bantuan sama telah diagihkan kepada 40 lagi dalam satu majlis lain di Bekenu.

Hadir sama ialah Temenggung Abdul Rahman Fadzil, Pengerusi Masjid At Taqwa Miri Hamzah Dadu, Pemangku Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusof dan Ketua Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Miri Marini Juraibi.

 ??  ?? MANFAATKAN: Lukanisman bersama tetamu lain bergambar bersama penerima geran dan sumbangan bagi surau dan masjid di Masjid At Taqwa Miri, semalam.
MANFAATKAN: Lukanisman bersama tetamu lain bergambar bersama penerima geran dan sumbangan bagi surau dan masjid di Masjid At Taqwa Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia