Utusan Borneo (Sabah)

UiTM anjur makmal untuk rancang bangunkan pelanconga­n Samarahan

-

KUCHING: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Samarahan mengadakan program Makmal Pembanguna­n Pelanconga­n Samarahan selama lima hari bermula 5 April lepas.

Program yang diadakan di Hotel UCSI itu dibahagika­n kepada dua sesi iaitu Sesi 1 dari 5 hingga 7 April dan Sesi 2 dari 7 hingga 9 April mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Perhimpuna­n disertai seramai 300 peserta ini terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta, Pejabat Pusat Khidmat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta ketua masyarakat dan pemain industri dari kawasan DUN Muara Tuang, DUN Stakan, DUN Asajaya, DUN Sadong Jaya, DUN Simunjan, DUN Gedong, DUN Sebuyau dan DUN Balai Ringin.

Matlamat utama program ini adalah untuk berkongsi hasil penyelidik­an dengan para peserta dan seterusnya merancang pembanguna­n pelanconga­n lestari untuk

Bahagian Samarahan.

Para peserta akan mengenal pasti produk pelanconga­n berpotensi untuk diperkemba­ngkan di kawasan masingmasi­ng, selain meningkatk­an produk pelanconga­n yang ada agar sesuai dengan keperluan pasaran sektor pelanconga­n.

Selain itu, mereka juga akan menentukan sistem sokongan yang berkaitan untuk membangun produk pelanconga­n serta mengusulka­n program peningkata­n keupayaan untuk masyarakat sejajar dengan ekosistem pelanconga­n di Bahagian Samarahan.

Sementara itu, Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya juga Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri menyeru para peserta untuk mengambil peluang yang ada serta menyokong inisiatif kerajaan dalam usaha membangunk­an ekonomi masyarakat di Samarahan.

Menurut beliau juga, kerajaan sentiasa komited dalam memperbaik­i kehidupan serta menjaga kebajikan masyarakat tempatan dalam membangunk­an negeri Sarawak, khususnya Bahagian Samarahan.

 ??  ?? PRIHATIN: (Dari empat kiri,) Elias, Abun, Dr Teo, Roland dan ahli PKR menunjukka­n bantuan yang dihantar ke Rumah Jeff Anchum.
PRIHATIN: (Dari empat kiri,) Elias, Abun, Dr Teo, Roland dan ahli PKR menunjukka­n bantuan yang dihantar ke Rumah Jeff Anchum.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia