Utusan Borneo (Sabah)

KWKPK dan UNIMAS Holdings jalin kerjasama penyelidik­an dalam menangani isu sosial

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak (KWKPK) dan UNIMAS Holdings Sdn Bhd menandatan­gani memorandum perjanjian (MoA) bagi menjalin kerjasama penyelidik­an dalam menangani isu sosial di negeri ini.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Datuk Dr Mohd Kadim Suaidi berkata, kerjasama penyelidik­an itu akan dapat memberi manfaat kepada keduadua pihak terutama dalam memahami dua isu sensitif yang dihadapi masyarakat masa kini.

Menurutnya, dua isu yang dikaji adalah penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar sekolah menengah serta isu kanak-kanak yang tidak mempunyai status kewarganeg­araan.

“Kita mendapati isu tanpa kewarganeg­araan dan penyalahgu­naan dadah merupakan dua isu yang sama penting untuk diteroka dan dicari jalan penyelesai­an secara bersama.

“Dalam keadaan ini semua pihak harus memainkan peranan mereka mengikut kepakaran masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara KWKPK dan UNIMAS Holdings Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, kelmarin.

Majlis menandatan­gani MoA itu dihadiri Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Kadim menambah, kumpulan tanpa kewarganeg­araan ini mempunyai hak dalam merasai peluang pendidikan dan pembanguna­n di Sarawak.

“Bagaimanap­un akibat daripada kekangan ini, ia menyebabka­n mereka sedikit ketinggala­n dan secara tidak langsung turut memberi impak kepada perancanga­n pembanguna­n modal insan jangka panjang oleh pihak kerajaan negeri.

“Selain itu, masalah penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar sekolah turut menjadi antara isu yang meningkatk­an kebimbanga­n dan keresahan dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat,” ujarnya.

Menurut beliau, tindakan menuding jari kepada pihak tertentu bukanlah wadah terbaik dalam menangani isu ini dengan lebih berkesan.

“Usaha pencegahan walaupun dalam skala yang kecil sekiranya dijalankan secara berterusan sudah tentu akan membuahkan hasil.

“Justeru, menyedari akan kesan jangka panjang terhadap isu sosial ini terutama kepada pembanguna­n dan kesejahter­aan masyarakat di negeri ini, Kerajaan Sarawak melalui KWKPK melaksanak­an kajian penyelidik­an bersama UNIMAS.

“Oleh itu, kita harap dengan penyelidik­an dalam dua isu ini ia dapat membantu KWKPK merangka aktiviti serta program yang bersifat menyeluruh dan efektif selari dengan keperluan kumpulan sasar ini,” ujarnya.

Terdahulu, Fatimah dan Kadim menyaksika­n majlis menandatan­gani MoA di antara Pengerusi Interim UNIMAS Holdings Sdn Bhd Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman dan Setiausaha Tetap KWKPK Dr Rashidah Bolhasan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengurus Besar UNIMAS Holdings Sdn Bhd Dr Abang Ekhsan Abang Othman, Setiausaha Eksekutif Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS) Dr Zufar Yadi Brendan Abdullah serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia