Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf prasarana sekolah dimasukkan dalam senarai RTP DUN Pantai Damai

-

KUCHING: Menaik taraf prasarana sekolah akan dimasukkan dalam senarai Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) DUN N.4 Pantai Damai bermula tahun ini.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia termasuk kerja-kerja membaik pulih struktur sekolah yang diperlukan.

“Sebelum ini projek RTP menumpukan kepada pembanguna­n sistem perparitan, jalan raya, jeti dan prasarana sukan.

“Bermula tahun ini, kita mula melaksanak­an projek RTP melibatkan infrastruk­tur sekolah,” katanya selepas meninjau projek RTP DUN N.4 Pantai Damai di Kampung Sibu Laut di sini, kelmarin.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Air berkata, bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Sibu Laut, keperluan utama melibatkan bekalan air bersih dan membaik pulih dewan yang uzur.

Sebelum itu, beliau bersama jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) meninjau tapak untuk pembinaan balai raya di Kampung Sibu Laut.

Menurutnya, pembinaan balai raya yang bernilai RM200,000 akan mula dilaksanak­an pada penghujung April.

“Ia dijangka siap dalam tempoh enam bulan. Kampung ini amat memerlukan kemudahan ini bagi memudahkan pelaksanaa­n aktiviti kemasyarak­atan,” ujarnya.

Tambahnya, Kampung Sibu Laut mempunyai tarikan menarik dalam sektor pelanconga­n termasuk keindahan alam semula jadi.

“Generasi muda patut merebut peluang dengan mengusahak­an sektor pelanconga­n seperti inap desa atau pesiaran menggunaka­n bot,” jelasnya.

Hadir sama Ketua Kampung Sibu Laut Senep Yaasin.

 ??  ?? TURUN PADANG: Dr Abdul Rahman meninjau projek RTP DUN N.4 Pantai Damai di Kampung Sibu Laut.
TURUN PADANG: Dr Abdul Rahman meninjau projek RTP DUN N.4 Pantai Damai di Kampung Sibu Laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia