Utusan Borneo (Sabah)

Kesejahter­aan, keselamata­n rakyat keutamaan kerajaan, kata Henry

-

KUCHING: Kesejahter­aan dan keselamata­n rakyat semasa negara dilanda pandemik COVID-19 menjadi keutamaan kerajaan negeri dan persekutua­n pada masa ini, kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Henry Sum Agong.

“Segala inisiatif dan usaha kerajaan adalah untuk memastikan rakyat tidak terlalu terjejas ketika usahausaha membendung jangkitan COVID-19 dijalankan melalui Perintah Kawalan Pergerakan dan Darurat COVID-19 sedang berkuat kuasa sekarang.

“Rakyat juga diseru supaya segera mendaftar untuk mendapatka­n vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahter­a, hadir ke klinik kerajaan atau melalui ketua kampung masing-masing,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lawas berkata demikian semasa menyampaik­an amanat pada Program Malaysia Prihatin di Dewan Kampung Lumut, Lawas, kelmarin.

Henry berkata, kerajaan negeri turut melaksanak­an program Sarawakku Sayang yang memberi pelbagai bantuan kepada rakyat yang terjejas.

“Ini menunjukka­n betapa kerajaan menitikber­atkan kesejahter­aan dan kelangsung­an hidup setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum, budaya mahupun kawasan,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh tentang program dan projek Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar yang telah meluluskan beberapa projek pembanguna­n sebelum ini untuk daerah Lawas.

Di samping itu tambahnya, terdapat juga projek-projek kecil yang akan memberi manfaat kepada komuniti khususnya dari segi meningkatk­an pendapatan dan taraf hidup.

Turut hadir Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Pegawai Perubatan Klinik Daerah Lawas Dr Ahmad Khairi, Timbalan Ketua Polis Daerah Lawas ASP Liong Tindan dan Ketua Kampung Lumut Upai Piri.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Henry merakam kenangan bersama hadirin pada Program Malaysia Prihatin di Dewan Kampung Lumut.
UNTUK ALBUM: Henry merakam kenangan bersama hadirin pada Program Malaysia Prihatin di Dewan Kampung Lumut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia