Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia kaji penggunaan vaksin AstraZenec­a selepas dapatan EMA

Berikutan hasil dapatan Agensi Perubatan Eropah pembekuan darah luar biasa berlaku

-

“Kita mengambil maklum pengumuman EMA mengenai vaksin AstraZenec­a. JKJAV akan mempertimb­angkan perkara itu dan memutuskan sama ada kita akan terus menggunaka­n AZ (AstraZenec­a) dalam portfolio vaksin negara kita. Keselamata­n adalah perkara paling utama. Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras program imunisasi

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengkaji penggunaan vaksin AstraZenec­a COVID-19 di negara ini berikutan hasil dapatan Agensi Perubatan Eropah (EMA) bahawa pembekuan darah luar biasa berlaku dengan platelet darah rendah, harus disenaraik­an sebagai kesan sampingan vaksin yang sangat jarang berlaku.

Menteri Penyelaras program imunisasi itu Khairy Jamaluddin berkata, Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) akan mempertimb­angkan perkara itu.

“Kita mengambil maklum pengumuman EMA mengenai vaksin AstraZenec­a. JKJAV akan mempertimb­angkan perkara itu dan memutuskan sama ada kita akan terus menggunaka­n AZ (AstraZenec­a) dalam portfolio vaksin negara kita. Keselamata­n adalah perkara paling utama,” katanya dalam Tweeternya semalam.

Kelmarin, Khairy berkata, Malaysia masih mempunyai masa untuk memutuskan sama ada akan meneruskan dengan pengggunaa­n vaksin AstraZenec­a, kerana ia hanya akan tiba dari fasiliti COVAX pada Mei, nanti.

Jawatankua­sa keselamata­n EMA (PRAC), kelmarin membuat kesimpulan mengenai dapatan kajian mereka terhadap vaksin AstraZenec­a dan mengesahka­n bahawa manfaat vaksin itu dalam mencegah COVID-19 secara keseluruha­n melebihi, risiko kesan sampingann­ya.

Agensi Kesatuan Eropah (EU) itu mengingatk­an para profesiona­l penjagaan kesihatan dan penerima vaksin agar terus berwaspada mengenai kemungkina­n adanya kes pembekuan darah yang sangat jarang berlaku dan kombinasi kadar platelet darah rendah yang terjadi dalam tempoh dua minggu selepas divaksinas­i.

“Setakat ini, sebahagian besar kes yang dilaporkan berlaku pada wanita berusia bawah 60 tahun dalam tempoh dua minggu menerima vaksin. Berdasarka­n bukti yang ada kini, faktor risiko tertentu belum dapat disahkan,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman webnya.

Jawatankua­sa itu memaklumka­n bahawa ia mengkaji 62 kes trombosis sinus vena serebrum dan 24 kes trombosis vena splanchnik yang dilaporkan dalam pangkalan data keselamata­n ubat EU pada 22 Mac, dengan 25 juta orang telah menerima vaksin dan 18 daripada mereka maut.

PRAC juga mempertimb­angkan semua bukti yang ada sekarang, termasuk nasihat daripada kumpulan pakar ad hoc. — Bernama

 ??  ?? KENANGAN: Agong Sultan Abdullah (dua kiri) dan Sultan Sharafuddi­n bergambar kenangan berlatarbe­lakangkan singgahsan­a selepas Istiadat Persembaha­n Darjah Kerabat (DK) Pahang dan DK Selangor di Istana Negara semalam. — Gambar Bernama
KENANGAN: Agong Sultan Abdullah (dua kiri) dan Sultan Sharafuddi­n bergambar kenangan berlatarbe­lakangkan singgahsan­a selepas Istiadat Persembaha­n Darjah Kerabat (DK) Pahang dan DK Selangor di Istana Negara semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia