Utusan Borneo (Sabah)

Toyota Harrier serba baharu, pilihan popular dilancarka­n semalam

-

KUCHING: Toyota Harrier generasi keempat serba baharu dilancarka­n semalam, mengukuhka­n lagi kedudukann­ya sebagai sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) pilihan popular dan disegani di Malaysia.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, Harrier serba baharu ini tampil dengan sisi emosi, elegan dan ekspresif dan akan lebih menarik perhatian.

“Generasi keempat Harrier telah dilancarka­n di Jepun pada Jun tahun lalu dengan matlamat untuk memberikan makna baharu bagi premium.

“Diedarkan oleh UMW Toyota Motor, Malaysia merupakan satu daripada dua negara yang menyaksika­n Harrier dijual melalui saluran rasmi dengan jaminan penuh dan sokongan lepas jualan yang lengkap,” jelas beliau dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, Harrier datang dengan jaminan kilang lima tahun tanpa had perbatuan sebagai kelegaan kepada pemilik, serta sokongan lepas jualan yang menyeluruh melalui semua pusat servis rasmi Toyota seluruh negara dengan jaminan alat ganti yang sentiasa tersedia.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama berkata, Harrier sejak dulu menjadi penentu corak dan gaya, mengambil pendekatan unik terhadap gaya serta pakej keseluruha­nnya telah berjaya meletakkan model ini jauh berbeza berbanding pesaingnya.

Satu perkara yang diberi perhatian khusus oleh jurutera Toyota misalnya, jelas Takeyama, adalah untuk mengurangk­an lagi kebisingan, gegaran dan kekerasan (NVH) ke tahap baharu, termasuk melalui penggunaan tingkap dengan penyerap bunyi berkecekap­an tinggi, menjadikan ruang kabin jauh lebih senyap seperti selayaknya jangkaan terhadap sebuah kereta mewah.

“Matlamat utama kami adalah untuk menghasilk­an kenderaan yang segar sepanjang masa, dan sebab itu jugalah model pertama Harrier masih relevan hingga kini dan tetap dicari walaupun dengan jangkaan moden hari ini.

“Evolusi Harrier sentiasa mengunjurk­an sempadan, ia sentiasa direka dengan kejurutera­an untuk menjadikan­nya pelopor serta menampilka­n kemajuan terhadap bagaimana sifat premium ditafsirka­n,” jelas Takeyama.

“Sebuah kenderaan yang wajar dihormati dari segenap sudut, itu apa yang dimaksudka­n dengan Dignified Elegance di dalam Harrier serba baharu ini,” tambah beliau.

Diimport sepenuhnya dari kilang Takaoka Toyota di Jepun, Harrier Luxury Grade ditawarkan dalam lima warna; Steel Blonde Metallic; Slate Grey Metallic; Precious Black; Dark Blue Metallic; dan warna khas White Pearl Crystal Shine.

Harrier baharu ini dijual pada harga RM249,706.50, tanpa cukai jalan dan insurans.

Pelanggan dipelawa untuk mendekati Harrier serba baharu ini di bilik pameran sah Toyota berdekatan.

UMWT turut menawarkan Toyota FlexiPlan, membolehka­n pelanggan menikmati pakej pembiayaan kenderaan dengan penjimatan kadar faedah, eksklusif daripada Toyota Capital Services bagi Harrier dan model baharu Toyota yang lain.

Untuk mengetahui lokasi bilik pameran terdekat Toyota serta maklumat lanjut tentang Harrier serba baharu, layari www.toyota. com.my atau hubungi talian bebas tol 1800-8-TOYOTA (869682).

 ??  ??
 ??  ?? BAHARU: Toyota Harrier serba letak tanda aras terkini SUV urban.
BAHARU: Toyota Harrier serba letak tanda aras terkini SUV urban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia