Utusan Borneo (Sabah)

Mekah sedia terima jemaah umrah yang sudah divaksin sempena Ramadan

-

JEDDAH: Mekah bersedia untuk menerima jemaah umrah yang sudah menerima suntikan vaksin sempena Ramadan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Perkara itu diumumkan pihak berkuasa berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Pusat Haji yang dipengerus­ikan Penasihat kepada Penjaga Dua Masjid Suci, selaku Gabenor Mekah

Putera Khaled Al-Faisal, kelmarin.

Putera Khaled yang juga pengerusi jawatankua­sa itu menekankan mengenai kepentinga­n usaha dan koordinasi bersepadu untuk memastikan semua persediaan menyambut kedatangan jemaah berjalan lancar demi keselamata­n pengunjung di Dua Masjid Suci.

Dalam mesyuarat itu, Kementeria­n Haji dan Umrah turut mengemukak­an pelan musim Ramadan, meliputi peningkata­n operasi Masjidil Haram sambil mematuhi semua langkah pencegahan dikeluarka­n pihak berwajib.

Permit menunaikan Umrah akan diberikan kepada mereka yang sudah menerima dua dos vaksin COVID19, mereka yang imun selepas 14 hari menerima dos pertama, dan mereka yang imun serta sudah pulih daripada jangkitan.

Permohonan permit untuk menunaikan Umrah, solat dan lawatan, slot waktu yang ada dan pengesahan akan dibuat melalui aplikasi (Eatmarna) dan (Tawakkalna).

Pengurusan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi turut mengemukak­an pelan operasi mereka sepanjang Ramadan yang akan dilaksana oleh 4,422 petugas.

Di bawah pelan operasi itu, 14 laluan disediakan untuk Tawaf dan tiga laluan paling hampir dengan Ka’bah dikhaskan kepada warga emas serta orang kurang upaya.

Hampir 5,000 pekerja lelaki dan wanita akan melakukan operasi pensterila­n dan pembasmian kuman secara kerap, poster panduan turut akan diletakkan di semua ruang solat untuk meningkatk­an kepatuhan kepada penjarakan sosial.

Di samping itu, Lapangan Terbang King Abdulaziz, turut menempatka­n pasukan khas untuk menyambut ketibaan jemaah dan akan bekerjasam­a dengan agensi kerajaan serta penyedia perkhidmat­an.

Pasukan itu akan mengendali­kan jemaah semasa di lapangan terbang termasuk di terminal ketibaan dan pelepasan untuk memastikan jemaah mematuhi garis panduan ditetapkan Kementeria­n Kesihatan.

Semua kemudahan pengangkut­an turut disediakan termasuk perkhidmat­an Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Haramain serta menetapkan laluan ekspres untuk jemaah umrah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia