Utusan Borneo (Sabah)

Tentera Myanmar rampas kedutaan Myanmar di UK Susulan dutanya suara bantahan terhadap kudeta pada 1 Februari lalu, tuntut pembebasan Suu Kyi

-

LONDON: Duta dan kakitangan Kedutaan Myanmar di London diarah meninggalk­an bangunan kedutaan kelmarin, lapor Agensi Anadolu.

Dutanya Kyaw Zwar Minn berkata, beliau dan petugas kedutaan diminta keluar dari bangunan kedutaan itu oleh seorang wakil tentera Myanmar di United Kingdom (UK).

“Mereka tidak membenarka­n saya masuk ke kedutaan. Mereka kata mereka dapat arahan daripada pihak bandar raya itu, jadi mereka tidak akan membenarka­n saya masuk.

“Ini rampasan kuasa. Sini adalah UK. Kami bukan berada di Myanmar. Mereka tidak boleh buat seperti ini. Kerajaan Britain tidak akan benarkan ini berlaku,” katanya.

Seorang pengguna Twitter menulis: “Komuniti Burma (Myanmar) di London ketika ini berkumpul di kedutaan #Myanmar berikutan berita menyatakan kedutaan dirampas rejim.”

Zwar Minn telah menyuaraka­n bantahanny­a terhadap kudeta dan menuntut pembebasan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Aung San Suu Kyi dan pegawai kanan kerajaan yang lain.

Beliau juga bertemu Setiausaha Luar UK Dominic Raab untuk menyatakan bantahanny­a terhadap kekejaman tentera di Myanmar.

Sekurang-kurangnya 581 orang di Myanmar terkorban sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu dan sehingga 6 April, seramai 2,750 orang ditahan, 38 daripadany­a dijatuhi hukuman. — Bernama

KANO: Lima daripada beberapa pelajar yang diculik dari sebuah kolej di barat laut Nigeria disatukan semula dengan keluarga mereka kelmarin, dua hari selepas dijumpai oleh pihak tentera.

Lima orang itu, tiga lelaki dan dua wanita, adalah di kalangan 39 pelajar yang diculik dari Federal College of Forestry Mechanizat­ion di Afaka, luar bandar Kaduna, oleh penjenayah pada bulan lepas selepas pertempura­n sengit dengan tentera.

Ia merupakan penculikan beramai-ramai yang terkini di barat laut negara, di mana kumpulan samseng semakin kerap menculik pelajar bagi mendapatka­n wang tebusan, menyerbu kampung, menyamun dan mencuri lembu.

Pelajar yang dibebaskan telah menjalani pemeriksaa­n kesihatan di sebuah fasiliti tentera sebelum dibawa ke sekolah, di mana mereka disambut oleh ibu bapa dan pihak berkuasa kolej.

“Kami ingin menyatakan rasa bersyukur kepada Tuhan kerana menyelamat­kan lima daripada pelajar yang diculik,” kata Sam Kambai, ketua kumpulan sokongan ibu bapa pelajar yang diculik.

KOTA MEXICO: Dua lelaki Mexico dalam lingkungan usia 30-an berjaya mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 di ibu kota dengan menyamar sebagai warga emas, namun kemudian telah ditangkap, kata pihak berkuasa kelmarin.

Dengan rambut dan kening mereka diwarnakan putih, lelaki tersebut mengunjung­i

“Kami telah menemui mereka, mereka dalam keadaan selamat.”

Kambai berkata pelajar memaklumka­nnya bahawa mereka yang berada dalam tawanan telah dikurung di sebuah tempat dan “tidak dicabuli oleh penculik mereka”.

Pada Isnin lepas, kerajaan menyatakan lima daripada pelajar telah “dijumpai” oleh tentera, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Bagaimanap­un Mohammed Usman Bello, provos marsyal sekolah menyatakan pelajar tersebut telah dibebaskan atas “sebab-sebab kesihatan”.

“Kesemua pelajar masih hidup, semua pelajar adalah bersama, semua mereka tidak berada dalam bahaya. Ini adalah berita baik buat kita,” kata Bello, ketika menyambut mereka yang dibebaskan.

Kumpulan samseng bersenjata lengkap baru-baru ini mengalihka­n tumpuan mereka kepada sekolah, di mana mereka menculik pelajar bagi mendapatka­n wang tebusan – penculikan beramai-ramai di Afaka adalah serangan yang keempat seumpamany­a sejak Disember. — AFP sebuah pusat vaksinasi bagi golongan berumur lebih 60 tahun dengan memakai pelitup muka dan pelindung muka plastik, menurut pejabat datuk bandar.

Kedua-duanya mengemukak­an dokumen pengenalan palsu dan menerima vaksin, namun rancangan mereka gagal apabila mereka perlu bercakap dengan seorang pekerja di pusat itu kemudian.

“Seorang rakan sekerja menyedari suara itu bukan milik seorang lelaki tua dan ketika itulah dia menghubung­i pihak berkuasa,” pegawai Kota Mexico Cristina Cruz dipetik oleh laman berita UNOTV sebagai berkata.

Penyamar tersebut berdepan tuduhan mencuri identiti, katanya.

Mexico yang mempunyai seramai 126 juta penduduk, di mana angka kematian rasminya akibat COVID-19 pada 205,000 adalah yang ketiga tertinggi di dunia, telah membahagik­an hampir 10 juta dos vaksin kepada kakitangan kesihatan dan warga emas. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DIKUNCI: Zwar Minn (kiri) berdiri di sebelah anggota polis yang berkawal di luar Kedutaan Myanmar di London selepas bangunan itu dikunci atas arahan tentera Myanmar kelmarin.
— Gambar AFP DIKUNCI: Zwar Minn (kiri) berdiri di sebelah anggota polis yang berkawal di luar Kedutaan Myanmar di London selepas bangunan itu dikunci atas arahan tentera Myanmar kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia