Utusan Borneo (Sabah)

JSJN rampas dadah pil Captagon bernilai lebih RM221 juta Juga dikenali sebagai ’dadah jihad’ yang sering digunakan militan Daesh

-

PELABUHAN KLANG: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merampas 650 kilogram dadah jenis pil captagon atau dikenali sebagai ‘dadah jihad’ bernilai lebih RM221.86 juta di Pelabuhan Klang, Isnin lepas.

Pengarah JSJN Datuk Razarudin Husain berkata, rampasan kedua dadah jenis tersebut di Malaysia itu adalah hasil perkongsia­n maklumat perisikan daripada Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik Kementeria­n Dalam Negeri Arab Saudi.

“Dadah itu telah dibawa dari negara Timur Tengah dan singgah di Pelabuhan Klang sebelum dirancang untuk menuju ke negara-negara Asia Barat untuk memenuhi permintaan pasaran di sana,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata, susulan hasil maklumat risikan tersebut pihaknya telah berjaya mengesan sebuah kapal yang berlabuh di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini pada Ahad lepas.

“Maklumat risikan mendedahka­n sebuah kontena daripada kapal tersebut akan dipindahka­n ke kapal lain yang akan meneruskan perjalanan ke Singapura pada 6 April,” katanya.

Razarudin berkata, dadah yang disimpan di dalam aluminium floor spring itu berjaya dikesan pihak berkuasa melalui hasil imbasan yang menimbulka­n imej yang mencurigak­an.

Namun katanya, tiada tangkapan dibuat dalam operasi tersebut dan JSJN dan pihak berkuasa Arab Saudi akan terus bekerjasam­a untuk menangkap pihak yang terlibat.

Menurutnya, pil itu pada mulanya digunakan oleh Jerman untuk membesarka­n otot seawal 1960-an, namun telah diharamkan penggunaan­nya di Amerika Syarikat dan Eropah itu pada 1980-an kerana dikategori­kan sebagai dadah.

Razarudin berkata, dadah yang mempunyai kandungan amfetamina dan fenethylli­ne itu biasanya digunakan oleh militan Daesh untuk

Dadah itu telah dibawa dari negara Timur Tengah dan singgah di Pelabuhan Klang sebelum dirancang untuk menuju ke negara-negara Asia Barat untuk memenuhi permintaan pasaran di sana.

menimbulka­n rasa berani dan kini mula digunakan di pusat-pusat hiburan, namun dadah tersebut masih belum memasuki pasaran Malaysia.

“Kita tidak mahu Malaysia dijadikan negara transit dadah dan mahu menyekat dadah ini dari masuk ke dalam negara ini,” katanya. — Bernama

 ??  ?? RAMPASAN: Razarudin (tengah) menunjukka­n bungkusan pil dadah jenis Captagon yang dirampas dalam sebuah kapal yang berlabuh di Pelabuhan Barat pada sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang, semalam. Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed (dua kanan).
RAMPASAN: Razarudin (tengah) menunjukka­n bungkusan pil dadah jenis Captagon yang dirampas dalam sebuah kapal yang berlabuh di Pelabuhan Barat pada sidang akhbar di Balai Polis Pelabuhan Klang, semalam. Turut hadir Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia