Utusan Borneo (Sabah)

Sebuah kenderaan dicuri setiap 1 jam 15 minit di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan dicuri setiap satu jam 15 minit di negara ini, kata Koordinato­r Majlis Penguranga­n Kecurian Kenderaan Malaysia Berhad (VTREC) Mas Tina Abdul Hamid semalam.

Beliau berkata, menurut kajian pihaknya tahun lalu berdasarka­n dapatan itu, sejumlah 20 kenderaan telah dicuri setiap hari pada tahun 2020.

“Namun jumlah kecurian kenderaan itu telah menurun berikutan kerjasama erat VTREC, Polis Diraja Malaysia dan agensi lain,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2021 di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Dev Kumar berkata, kes kecurian kenderaan seluruh negara dilaporkan kepada polis telah menunjukka­n trend penurunan setiap tahun.

“Sebanyak 21,578 kes kecurian kenderaan dilaporkan pada tahun lepas berbanding 2019 sebanyak 30,868 kes iaitu keseluruha­n penurunan sebanyak 30 peratus,” katanya.

Dev berkata, kes melibatkan 4,596 kecurian kereta; 16,057 kecurian motosikal manakala 925 melibatkan kenderaan jenis lori, van dan jentera berat.

Sementara itu, sejumlah 1,215 ahli sindiket curi kenderaan telah dikenakan tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 sejak tahun 2016.

Dev berkata, jumlah berkenaan bagaimanap­un tidak termasuk jumlah ahli sindiket yang telah dituduh di mahkamah atas melakukan kesalahan sama.

Beliau berkata, jumlah itu membabitka­n 753 ahli sindiket mencuri motosikal, 422 sindiket curi kereta dan selebihnya melibatkan kenderaan lain.

Dalam perkembang­an lain mengenai ‘Geng Lanun Merah Black Maria 360’ yang dikatakan mengendali­kan aktiviti buang sampah, sisa toksik, edar dadah dan seludup pendatang tanpa izin di Pandamaran, Klang, Dev berkata siasatan polis berhubung isu itu masih di peringkat awal dan maklumat lanjut sedang dikumpulka­n.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan kemunculan semula kumpulan itu.

Kumpulan yang aktif sejak 2013 itu dilaporkan dianggotai tidak kurang 500 ahli menjadikan kumpulan kongsi gelap itu antara kumpulan penjenayah terancang menguasai pelbagai kegiatan jenayah di kawasan Klang, Selangor. — Bernama

 ??  ?? Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd Salleh (kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen semalam daripada pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM150,000 tanpa dipanggil membela diri. Hakim Suzana Hussin melepaskan Sabudin, 59, selepas berpuas hati pihakpenda­kwaangagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd Salleh (kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen semalam daripada pertuduhan menerima rasuah wang tunai RM150,000 tanpa dipanggil membela diri. Hakim Suzana Hussin melepaskan Sabudin, 59, selepas berpuas hati pihakpenda­kwaangagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia