Utusan Borneo (Sabah)

Dua kru kapal MV Rapallo warga Romania melecur

-

SEREMBAN: Dua kru kapal MV Rapallo warga Romania melecur akibat terkena minyak bahan api semasa menjalanka­n tugas di bilik enjin kapal pengangkut yang bersauh di Terminal Jimah Energy Ventures (JEV), Port Dickson, dekat sini, malam kelmarin.

Jabatan Laut Malaysia (JLM) dalam kenyataan semalam memaklumka­n pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.05 malam.

“Kapal MV Rapallo itu berada di Terminal JEV bagi tujuan pemunggaha­n kargo dan berlabuh sauh setelah selesai aktiviti pemunggaha­n. Siasatan masih dijalankan JLM bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut dan telah dipindahka­n ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menurut kenyataan itu, sepanjang proses siasatan dijalankan, pasukan penyiasat Jabatan Laut Wilayah Tengah (Port Dickson dan Pelabuhan Klang) tetap mematuhi segala prosedur operasi standard terkini dalam mengekang penularan COVID-19. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia