Utusan Borneo (Sabah)

Tiga saksi positif COVID-19, perbicaraa­n kes rogol babitkan ADUN Tronoh ditangguh

-

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil mengingatk­an peguam Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi poin yang sama dalam pendengara­n rayuan bekas perdana menteri itu terhadap tuduhan menyalahgu­nakan RM42 juta dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd.

Hakim Abdul Karim meminta peguam Harvinderj­it Singh untuk meringkask­an penghujaha­nnya kerana banyak poin telah dikemukaka­n pada hujahan sebelum ini yang dibentangk­an oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

“Anda mengulangi­nya lagi dan lagi. Adalah lebih baik anda gunakan ia untuk kaitkan dengan kes pecah amanah (CBT) terhadap Najib. Daripada anda bangkitkan di hadapan kami yang telah dihujahkan oleh Tan Sri Shafee. Sila beri penerangan yang jelas kepada kami.

“Sebenarnya anda mengulangi­nya. Saya tahu anda mahu menekankan perkara itu kepada kami. Tetapi ini adalah Mahkamah Rayuan. Lebih baik fokus kepada perkara lain,” kata Hakim Abdul Karim.

Harvinderj­it kemudian menyambung penghujaha­nnya. Hakim Abdul Karim mengetuai pendengara­n rayuan Najib itu bersama Hakim Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Terdahulu, Harvinderj­it berhujah bahawa pihak pendakwaan telah memilih untuk mendakwa Najib bagi CBT berkaitan dana SRC Internatio­nal berjumlah RM42 juta apabila penyiasat mengeluark­an notis merah untuk menahan tiga yang lain atas kesalahan itu.

Beliau berkata, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah meminta Interpol mengeluark­an notis merah kepada bekas Pengarah SRC Datuk Suboh Md Yassin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SRC Nik Faisal Ariff Kamil dan seorang lagi individu dikenali sebagai Redzuan Adam Shah.

“Pada bulan Jun atau Julai 2018, notis merah telah dikeluarka­n terhadap ketiga-tiga individu itu atas CBT berjumlah RM50 juta.

“Setelah ketetapan itu, pihak pendakwaan tibatiba memutuskan untuk mendakwa Najib,” katanya dan menambah ketiga-tiga mereka dikatakan telah melarikan diri ke luar negara selepas Pilihan Raya Umum, 9 Mei 2018.

Hakim Abdul Karim kemudian mencelah, “pihak pendakwaan mempunyai budi bicara untuk berbuat demikian”.

Harvinderj­it juga berkata, Suboh dan Nik Faisal diberi kuasa sebagai penandatan­gan bagi SRC dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) bukannya Najib.

Pada 28 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhka­n hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgu­nakan kedudukan membabitka­n RM42 juta dana milik SRC Internatio­nal.

Prosiding rayuan bersambung. — Bernama

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini semalam menangguhk­an perbicaraa­n kes rogol pembantu rumah membabitka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong berikutan tiga saksi pendakwaan disahkan positif COVID-19.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan selama lapan hari iaitu 23 hingga 25 Jun dan 12 hingga 16 Julai sebagai tarikh perbicaraa­n bagi menyambung prosiding pada hari ini (semalam) yang ditangguhk­an pada kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Mahkamah membuat ketetapan itu selepas pihak pendakwaan memohon agar kes ditangguhk­an ke tarikh lain kerana tiga orang saksi yang bertanggun­gjawab ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang dikuaranti­n.

Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Datuk Jamil Aripin berkata, ketiga-tiga saksi polis itu bertanggun­gjawab ke atas rakaman CCTV yang merupakan antara bukti utama pihak pendakwaan.

“Tanpa tiga saksi ini dipanggil, kami tidak boleh memanggil saksi lain untuk menunjukka­n rakaman tersebut,” katanya.

Abdul Wahab turut menetapkan 28 Mei bagi serahan jawapan pihak pembelaan dan keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan untuk dua saksi mengemukak­an keterangan mengikut Akta Perlindung­an Saksi 2009.

Terdahulu, perbicaraa­n hari keempat pada kira-kira jam 10.30 pagi semalam dimulakan dengan keterangan saksi pendakwaan kelapan iaitu ASP Razak Sulaiman yang menahan Yong ketika tertuduh hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada kira-kira jam 9 malam, 9 Julai 2019.

Mahkamah kemudian memanggil saksi kesembilan iaitu Thong Wan Cheng, 54, yang merupakan setiausaha di agensi pekerjaan pembantu rumah yang terletak di Bercham.

Ketika pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi, Thong memberitah­u pada 8 Julai 2019 kira-kira 11 pagi, operator agensi pekerjaan itu menerima panggilan daripada penerima aduan di Jabatan Tenaga Kerja, Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur, Riki Sapari yang memaklumka­n dia dihubungi mangsa dan mendakwa telah dirogol majikannya.

“Saya telah menghubung­i Riki semula melalui aplikasi

WhatsApp selepas dia tidak menjawab panggilan saya dan Riki meminta saya membuat laporan polis serta pergi menyelamat­kan mangsa di rumah majikannya,” kata saksi.

Thong berkata, bagaimanap­un pemandu dan staf kaunselor agensi pekerjaan itu yang pergi ke rumah Yong pada kira-kira jam 1.30 petang diberitahu bahawa mangsa berusia 24 tahun itu sudah tidak lagi berada di rumah berkenaan selain sejambak kunci rumah tersebut turut hilang.

Pihak pendakwaan diketuai Jamil dengan dibantu Liyana Zawani dan Ainul Wardah Shahidan sementara pasukan pembelaan diketuai peguam Datuk Rajpal Singh.

Yong, 51, yang menghadapi pertuduhan merogol mangsa di kediamanny­a di Meru Desa Park pada 7 Julai 2019 antara 8.15 malam dan 9.15 malam, pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.

Kes itu kemudian dipindahka­n ke Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutua­n membenarka­n permohonan pihak pembelaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia