Utusan Borneo (Sabah)

Universiti perlu dana baiki infrastruk­tur mesra OKU di kampus, kata Ras Adiba

-

SERDANG: Senator Datuk Ras Adiba Radzi akan membawa ke perhatian kerajaan cadangan untuk memperuntu­kkan dana bagi membaik pulih dan menyediaka­n infrastruk­tur pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) di institusi pendidikan awam dan swasta.

Presiden OKU Sentral itu yang merupakan Senator mewakili golongan OKU berkata, dana tersebut perlu agar kemudahan sedia ada dapat dibaik pulih untuk kegunaan golongan itu.

“Ia sekali gus meyakinkan pelajar OKU untuk melanjutka­n pendidikan mereka tanpa rasa tersisih daripada pelajar biasa,” katanya kepada Bernama selepas melawat Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini semalam, yang merupakan lawatan sulungnya dalam siri Jelajah Universiti yang akan diteruskan selepas ini.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), dibawa ke beberapa lokasi dalam kampus untuk meninjau kemudahan yang disediakan pihak universiti kepada mahasiswa OKU.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Dr Arifin Abdu berkata, UPM kini mempunyai 53 mahasiswa

OKU termasuk dua pelajar antarabang­sa dan lima staf OKU termasuk seorang pensyarah.

Beliau berkata, UPM sentiasa berusaha memperkasa pengurusan hal ehwal pelajar dan alumni tanpa mengira kategori pelajar termasuk penyertaan pelajar OKU dalam bidang akademik mahupun kokurikulu­m.

Menurutnya, Unit Perkhidmat­an dan Sokongan OKU yang ditubuhkan pada 2019 membantu UPM untuk menambah baik kemudahan dan memudahkan pergerakan pelajar OKU dalam kampus, contohnya khidmat pengangkut­an pergi balik setiap kali mereka perlu hadir kuliah.

Sementara itu, seorang pelajar OKU fizikal (kerdil) Mas Nur Jannah Maskop, 22, berkata sebelum memasuki UPM, pihak universiti ada menghubung­inya untuk mengetahui jenis ketidakupa­yaan bagi tujuan sokongan yang diperlukan mahasiswa itu.

“Alhamdulil­lah, saya yakin dan tidak gentar untuk belajar di sini kerana kemudahan disediakan. Saya juga diberikan asrama aras bawah untuk memudahkan pergerakan saya,” kata pelajar tahun dua jurusan Komunikasi itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia