Utusan Borneo (Sabah)

Tren DMU baharu ganti sedia ada, sering rosak, kos selenggara tinggi

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) semalam menjelaska­n bahawa 13 unit tren Diesel Multiple Unit (DMU) baharu yang akan digunakan adalah menggantik­an lokomotif dan koc penumpang sedia ada bagi laluan Pantai Timur, kerana keadaan lokomotif sedia ada itu memerlukan kos penyelengg­araan yang terlalu tinggi serta sering berlaku kerosakan.

MOT menerusi kenyataan berkata, set-set DMU yang bakal beroperasi itu adalah set-set baharu yang hanya memerlukan pemeriksaa­n berjadual sahaja pada masa ini dan perkara tersebut adalah dalam kawalan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Hakikatnya, kesemua 13 unit tren DMU telah selamat tiba dari pembekal dan amatlah janggal sekiranya ia tidak digunakan. Jabatan Audit Negara akan mempersoal­kan sekiranya ia tidak digunakan sedangkan kesemua tren DMU telah pun selamat tiba dalam keadaan baik.

“Tidak timbul isu berkaitan tahap keselamata­n komponen tangki minyak tren DMU kerana ia sentiasa dibersihka­n dan dibaiki dengan segera jika terdapat kerosakan atau kecacatan,” menurut kenyataan itu yang menjawab tuduhan yang dibuat Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) Abdul Razak Md Hassan berhubung DMU menerusi hantaran di Facebookny­a.

MOT menjawab tuduhan yang dibuat Abdul Razak termasuk faktor tren DMU seolah-olah digunakan secara tergesa-gesa, isu berkaitan tahap keselamata­n komponen tangki minyak tren DMU, tahap kualiti cermin tingkap DMU dan fasiliti depoh tren berkenaan.

Menurut kenyataan itu DMU yang akan menggantik­an jajaran koc itu akan lebih reliable dan mempunyai kelajuan yang lebih tinggi sesuai dengan trek yang sedang dibaik pulih dan yang akan siap sepenuhnya kelak.

“Seterusnya faedah ini akan diterima oleh rakyat di sepanjang jajaran tren Pantai Timur terutama pelajar sekolah yang menggunaka­n perkhidmat­an secara harian,” menurut MOT.

MOT juga memaklumka­n tangki minyak tren DMU adalah selamat digunakan dan tangki minyak itu akan digantikan secara berperingk­at mengikut keperluan.

Menurut kenyataan itu, cermin tingkap tren DMU akan ditukar serta-merta sekiranya berlaku kerosakan.

Mengenai persepsi berkaitan depoh pula, MOT memaklumka­n terdapat beberapa fasiliti depoh penyelengg­araan DMU sedang di peringkat akhir pembinaan.

“Bagaimanap­un, ia tidak menjejaska­n penyelengg­araan set DMU kerana masih terdapat depoh penyelengg­araan KTMB sedia ada lain yang boleh menjalanka­n kerja-kerja penyelengg­araan,” katanya.

MOT berkata, ia sentiasa mendengar dan mengambil kira pandangan semua pihak, malah telah mengadakan beberapa kali perbincang­an bersama pihak KTMB dalam pelbagai perkara secara menyeluruh termasuk berkaitan DMU.

“Satu laporan polis juga telah dibuat terhadap Abdul Razak bagi tindakan susulan. Kementeria­n Pengangkut­an memandang serius tohmahan atau tuduhan tidak berasas yang bertujuan mencemarka­n imej kementaria­n demi kepentinga­n peribadi pihak tertentu,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia