Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan buka kedai dobi bawa tuah, siswazah UniSZA raih pendapatan lumayan

-

KOTA BHARU: Hasrat murni seorang siswazah universiti yang membuka kedai dobi kecil-kecilan untuk mendapatka­n dana bagi meneruskan operasi pusat pengajian Pondok Pulau Gajah, Sabak di sini yang diasaskan arwah bapanya berbalas apabila usahanya membuahkan hasil.

Tengku Aiman Tengku Abd Wasa, 29, langsung tidak menyangka usahanya membuka kedai dobi pada 2014 untuk memastikan sekolah pondok berkenaan tidak terkubur, kini menjana pendapatan lumayan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Bahkan, pemegang Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Haiwan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu kini boleh berbangga kerana pendapatan daripada perusahaan dobi itu bukan sahaja membolehka­n sekolah pondok berkenaan diteruskan, malah berkembang sehingga mempunyai 40 pelajar berusia antara 15 hingga 28 tahun ketika ini.

“Arwah bapa Tengku Abd Wasa Tengku Adnan meninggal dunia disebabkan penyakit jantung, susulan itu saya berfikir untuk mencari dana bagi meneruskan pembiayaan pelajar pondok yang ketika itu hanya seramai lapan orang.

“Jadi saya mengambil keputusan untuk mengusahak­an kedai dobi memandangk­an perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar iaitu sekitar RM2,000 dengan menggunaka­n duit simpanan yang ada,” kata Pengarah Niceyear Laundry and Carpet Services Sdn Bhd itu ketika ditemui pemberita di kilang dobinya dekat sini semalam.

Bercerita lanjut, Tengku Aiman berkata, ketika memulakann­ya perniagaan­nya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa, beliau hanya membeli dua mesin basuh dan dua mesin pengering terpakai sahaja yang berharga RM400 setiap satu.

“Namun perniagaan semakin hari semakin berkembang dengan pulangan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan. Dalam tempoh sama juga saya turut diberi peluang menjadi vendor membersih cadar dan kelengkapa­n untuk Hotel Ridel dan Hotel New Pacific dekat sini pada ketika itu,” kata anak sulung daripada empat beradik itu. — Bernama

 ??  ?? UTAMAKAN KUALITI: Tengku Aiman (kiri) bersama pekerja memeriksa sebahagian cadar sebelum dicuci ketika ditemui pemberita di kilang dobi Niceyear Laundry and Carpet Services Sdn Bhd di Padang Tembak di Kota Bharu semalam.
UTAMAKAN KUALITI: Tengku Aiman (kiri) bersama pekerja memeriksa sebahagian cadar sebelum dicuci ketika ditemui pemberita di kilang dobi Niceyear Laundry and Carpet Services Sdn Bhd di Padang Tembak di Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia