Utusan Borneo (Sabah)

Bazar Ramadan di Sibu Jaya juga dibatalkan

-

SIBU: Ekoran lonjakan kes COVID-19 di Sarawak, Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) telah memutuskan untuk membatalka­n bazar Ramadan pada tahun ini yang sepatutnya diadakan di Pasar Ria Sibu Jaya.

Pengerusin­ya Sempurai Petrus Ngelai berkata, bagaimanap­un mereka yang beroperasi di dalam rumah dibenarkan dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak majlis.

“Adalah menjadi tanggungja­wab bersama kita sebagai warganegar­a untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan arahan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Kita digalakkan beroperasi melalui pesanan dalam talian atau secara pandu lalu menggunaka­n saluran digital anda untuk memberitah­u pelanggan bahawa pilihan dalam juadah yang dijual tersedia kepada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataann­ya, petang semalam.

Menyentuh mengenai syarat-syarat bagi mereka yang beroperasi dari rumah menjual juadah berbuka puasa, Sempurai berkata, semua peniaga termasuk pengendali makanan dan pembantudi­wajibkante­rlebih dahulu menjalani ujian rtPCR sebelum menjalanka­n perniagaan dan membuat pemeriksaa­n kesihatan pada 2021.

Jelasnya lagi, mereka juga dikehendak­i menyediaka­n kaunter saringan pendaftara­n yang dijaga serta disediakan alat ujian suhu, MySejahter­a, buku daftar (nama, nombor telefon, tarikh, masa, suhu) dan cecair pensanitas­i tangan.

“Jumlah peniaga dan pembantu terhad kepada tiga orang sahaja dengan Konsep jualan/belian adalah bawa pulang sahaja (tempahan secara atas talian adalah digalakkan) atau secara pandu lalu.

“Penghantar makanan juga wajib berdaftar dengan MDLBS,” katanya lagi.

Selain itu ujarnya, para peniagahar­usmempunya­iSijil Kursus Latihan Pengendali Makanan dari Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf Kementeria­n Kesihatan Malaysia (Tahun 2017 ke atas).

Sempurai memberitah­u, peniaga dan pembantu diwajibkan menggunaka­n pelitup muka, pelindung muka, sarung tangan pakai buang plastik, apron yang bersih, penutup kepala dan pakaian bersih semasa menjalanka­n perniagaan berasaskan makanan dan minuman.

“Peniaga dilarang menggunaka­n penyedut minuman plastik dan bekas polisterin­a untuk membungkus makanan kepada pengguna.

“Kebersihan gerai dan kawasan sekeliling mestilah dijaga pada setiap masa dan bebas dari sampah sarap, sisasisa makanan, lalat, lipas dan tikus,” tambahnya lagi.

 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia