Utusan Borneo (Sabah)

Tiada bazar Ramadan di Samarahan: Minos

-

KUCHING: Terminal Penumpang Bako yang baru siap dinaik taraf bakal menyediaka­n perkhidmat­an cekap dan selamat kepada penumpang tempatan dan warga asing.

Menteri Pengangkut­an Datuk Lee Kim Shin berkata, terminal tersebut merupakan poin pergi dan balik dari Taman Negara Bako.

“Kerja menaik taraf ini juga memainkan peranan penting untuk mempromosi­kan pelanconga­n serta aktiviti berkaitan lain di kawasan ini.

“Malahan di pekarangan terminal juga disediakan banyak ruang tempat letak kereta selain tempat menunggu bas awam yang digunakan untuk ke bandar raya Kuching dari Terminal Penumpang Bako,” katanya menerusi kenyataan media selepas lawatan ke Terminal Penumpang Bako, semalam.

Lee berkata, dengan adanya perkhidmat­an bas hentihenti antara laluan berkenaan yang dikendalik­an Biaramas, para pengunjung dan penduduk kampung Bako khasnya akan dapat melakukan perjalanan yang lebih mudah dan selesa.

“Ini adalah projek yang dibiayai kerajaan negeri dengan kos RM2.68 juta dan disiapkan dalam tempoh 15 bulan.

“Skopkerjaa­dalahpenge­mbangan bangunan terminal, menaik taraf ponton dan tanjakan, pembinaan pagar dengan pondok pengawal dan penyediaan tempat letak kereta yang cukup serta ruang menunggu bas awam yang melalui kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, Terminal Penumpang Bako itu akan diwartakan di bawah Peraturan Lalu Lintas Sungai Sarawak, 1993 serta Ordinan Sungai Sarawak, 1993 dan seterusnya diuruskan oleh Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS).

LSS katanya, akan menempatka­n pegawai penguat kuasa di terminal berkenaan untuk mengawasi 74 bot berlesen di laluan terbabit bagi memastikan perjalanan selamat kepada penumpang selain mengelakka­n muatan berlebihan dan tambang yang tinggi.

Terminal Penumpang Bako adalah kemudahan pengangkut­an sungai kepada penumpang dari Kampung Bako ke Taman Negara Bako.

Berdasarka­n rekod, jumlah pengunjung yang dicatatkan selama tiga tahun dari 2018 hingga 2020 ialah 137,886 orang.

Perjalanan menaiki bot dari Terminal Penumpang Bako ke Taman Negara Bako akan memakan masa sekitar 20 minit.

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) masih dapat memberi perkhidmat­an secara efekif kepada industri perkayuan meskipun berdepan situasi mencabar pandemik COVID-19.

Pengurus Besarnya Hashim Bojet berkata bagi memastikan perkhidmat­an yang efektif, PUSAKA telah melaksanak­an kelulusan permit eksport dan import secara dalam talian.

Kemudahan ini katanya, membolehka­n kelulusan permit dibuat tanpa melengahka­n permohonan diterima daripada pihak industri.

“Industri kita menerima impak yang amat getir dalam pandemik COVID-19 ini di mana kita telah mengalami penguranga­n dalam jumlah pengeluara­n barangan kayu dari Sarawak dengan nilai eksport susut sebanyak 17 peratus.

“Dari segi jumlah kilang yang aktif beroperasi juga kurang dan banyak kilang ditutup kerana masalah bahan mentah dan lain-lain masalah seperti pekerja asing tidak dapat dipenuhi.

“Ini antara impak yang dialami pihak industri kita. Bagaimanap­un senario perkembang­an industri kayu tempatan masih dapat dilaksanak­an dalam keadaan dipantau rapat PUSAKA dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Khas Perbadanan Kemajuan 2021 di Dewan Seminar Wisma Sumber Alam di sini semalam.

Perhimpuna­n tersebut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap pengerusi PUSAKA dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua.

Hashim berkata, dalam usaha mempelbaga­ikan aktiviti produk nilai tambah, PUSAKA juga telah melaksanak­an pelbagai siri perbincang­an dan kolaborati­f secara maya.

Antaranya, mesyuarat secara maya dengan Universiti Tun Hussein Onn untuk penyelidik­an dan pembanguna­n barangan berasaskan buluh.

“Ini beberapa inisiatif yang telah dilaksanak­an PUSAKA bagi meningkatk­an pengeluara­n nilai tambah di dalam industri perkayuan pada masa ini dan akan datang.

“PUSAKA juga akan sentiasa adakan perbincang­an dengan pihak industri, institut dan penyelidik­an berkaitan dengan industri,” katanya.

KUCHING: Majlis Perbandara­n Kota Samarahan (MPKS) turut memutuskan tidak membenarka­n Bazar Ramadan dibuka di Samarahan tahun ini setelah mengambil kira situasi pandemik COVID-19 di negeri ini.

Pengerusin­ya Dato Peter Minos berkata, pihaknya turut membatalka­n dua bazar Ramadan yang diluluskan sebelum ini.

“MPKS memutuskan tidak ada bazar Ramadan di Samarahan tahun ini dan dua (bazar) yang diluluskan (sebelum ini) juga ditarik balik penganjura­nnya,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, MPKS menarik balik penganjura­n dua bazar Ramadan berkenaan atas nasihat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Kita semua alu-alukan bazar Ramadan tetapi situasi pandemik COVID-19 (sekarang) tidak membenarka­n ia diadakan. Kesihatan dan keselamata­n rakyat keutamaan kita.

“Jika kita membenarka­n ia dibuka, kita pastinya tidak dapat memantau serta menguatkua­sakan prosedur operasi standard (SOP) mencegah COVID19 dengan berkesan, bazar Ramadan selalunya sangat popular dan menarik kunjungan orang ramai,” tegasnya.

Beliau menambah, MPKS juga menyedari langkah sama diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) lain dan mengambil keputusan sama.

“Oleh itu, marilah setiap daripada kita memberi sokongan penuh kepada kerajaan memerangi musuh yang tidak dapat dilihat ini.

“Selagi COVID-19 belum pulih, kita akan terus berjuang,” katanya.

Pada Rabu lepas, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memaklumka­n bazar Ramadan tidak akan dibuka di kawasan pentadbira­nnya.

 ??  ?? TERBAIK: Lee (empat kanan), Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni (tiga kanan) serta yang lain merakamkan kenangan di hadapan Terminal Penumpang Bako, semalam.
TERBAIK: Lee (empat kanan), Ahli Dewan Undangan Negeri Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni (tiga kanan) serta yang lain merakamkan kenangan di hadapan Terminal Penumpang Bako, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia