Utusan Borneo (Sabah)

Abdul Karim setuju Sarawak digelar sebagai wilayah

-

KUCHING: Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata beliau bersetuju sepenuhnya dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memanggil Sarawak dan Sabah sebagai wilayah dan bukan negeri.

Menurut beliau, fakta sejarah jelas menunjukka­n bahawa Sarawak dan Sabah tidak dapat dikategori­kan seperti negeri-negeri lain di Semenanjun­g Malaysia kerana pembentuka­n Persekutua­n Tanah Melayu sangat berbeza dengan pembentuka­n Malaysia.

Tambahnya, Persekutua­n Tanah Melayu dibentuk di bawah perjanjian Persekutua­n Tanah Melayu pada 1957, yakni sebelum Sarawak dan Sabah membentuk Malaysia di bawah Perjanjian Malaysia pada 1963.

“Oleh itu, kita tidak boleh menjadi sebahagian daripada negeri-negeri yang lebih kecil. Bagaimana anda boleh meletakkan Sarawak dan Perlis di tahap yang sama.

“Malah, semasa Perjanjian Malaysia ditandatan­gani, Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah masing-masing diwakili seorang penandatan­gan,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di sini semalam.

Abdul Karim berkata, jika Sarawak dan Sabah dilihat sebagai ‘wilayah,’ ia tidak boleh diperlakuk­an seperti negeri-negeri lain di Tanah Melayu.

Beliau bagaimanap­un berkata, perkara yang perlu dilakukan selepas ini adalah untuk meminda artikel tertentu dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

“Tetapi kerajaan persekutua­n harus memastikan pindaan dibuat terhadap beberapa artikel dalam perlembaga­an persekutua­n supaya perkara-perkara ini dapat diwartakan.

“Anda harus meminda banyak artikel, terutama Artikel 160, agar tidak menimbulka­n kekeliruan mengenai status kita,” katanya.

Abdul Karim turut berkata, ramai yang mungkin keliru dengan perkataan ‘wilayah’ kerana ia merupakan terminolog­i.

Beliau bagaimanap­un berkata, seseorang tidak boleh memandang ‘wilayah’ sebagai wilayah persekutua­n kerana terdapat perbezaan besar antara keduanya.

“Walaupun saya bersetuju sepenuhnya dengan Perdana Menteri untuk memanggil Sarawak dan Sabah sebagai ‘region,’ Perlembaga­an Persekutua­n perlu dipinda untuk menyatukan Sarawak dan Sabah sebagai wilayah, bukan sebagai negeri,” katanya.

Tegas beliau juga, Sarawak tidak boleh setanding atau dilayan sama seperti negerinege­ri lain di Semenanjun­g Malaysia.

“Kita melihat Malaya, Sabah dan Sarawak masingmasi­ng sebagai satu ‘region’ dan seterusnya dipanggil sebagai konfederas­i tiga wilayah atau tiga ‘region,’ bukan persekutua­n,” katanya.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengakui kesilapann­ya terlupa memakai pelitup muka ketika lawatan kerja di Matu, baru-baru ini.

Beliau yang mengesahka­n sudah dihubungi polis berhubung video tular menunjukka­n beliau berjalan dari gerai ke gerai makanan dan minuman tanpa memakai pelitup muka berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan sedia membayar jika dikompaun.

Mengakui kesilapan tersebut, Awang Tengah berkata beliau terlupa untuk memakai kembali pelitup muka setelah membukanya untuk makan dan minum ketika lawatan itu.

“Selalunya, gerai-gerai tersebut cuma beroperasi hujung minggu tetapi dibuka sempena lawatan saya. Saya pergi ke gerai dan beli barang dan buka pelitup muka untuk makan dan minum.

“Tetapi silap saya, dalam keadaan tergesa-gesa untuk berlepas meninggalk­an

Matu, saya tidak sedar pelitup muka dibuka,” katanya.

Beliau menjelaska­n perkara ini ketika berucap pada Majlis Perhimpuna­n Khas Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) 2021 di Dewan Seminar Wisma Sumber Alam di sini semalam.

Video tersebut turut menunjukka­n Awang Tengah menghulurk­an wang kepada para peniaga gerai sambil berjalan.

Jelasnya, wang yang diberikan kepada peniaga adalah sebagai bayaran untuk barangbara­ng dibelinya.

Tetapi disebabkan beliau dalam keadaan tergesages­a pada ketika itu, beliau meminta pegawai khasnya untuk membungkus semua barang yang dibeli daripada peniaga gerai berkenaan.

“Sebab mahu cepat jadi saya bagi duit untuk beli barang kepada tuan punya gerai dan suruh mereka bungkus apa yang patut,” katanya.

 ??  ?? SETUJU: Abdul Karim bercakap pada sidang media semalam.
SETUJU: Abdul Karim bercakap pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia