Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga bazar Ramadan, Aidilfitri diingat patuh etika

-

ROMPIN: Peniaga bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri diingatkan untuk mematuhi etika perniagaan yang baik termasuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga, kata Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, KPDNHEP juga akan melaksanak­an pemantauan di bazar berkenaan bagi memastikan harga jualan tidak membebanka­n pembeli serta peniaga mematuhi semua peraturan disyaratka­n seperti meletakkan tanda harga.

“Saya harap peniaga tahu tanggungja­wab mereka kerana ini adalah perkara yang berlaku setiap tahun. Kita akan pantau dan kawal supaya harga jualan tidak melebihi harga maksimum ditetapkan menerusi skim kawalan harga.

“Harga maksimum itu ditetapkan setelah kita melihat pelbagai keadaan dan senario ekonomi, selain membuat kajian, pemantauan dan konsultasi pelbagai pihak berkaitan supaya kita boleh memperoleh persetujua­n mengenai harga yang berpatutan itu,” katanya.

Nanta berkata demikian pada sidang media selepas melancarka­n Program Food Bank Siswa di Politeknik Muadzam Shah di sini semalam, yang turut dihadiri pengarah politeknik itu Hassan Ismail dan Ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Hasan Arifin.

Berhubung operasi pemantauan dan penguatkua­saan, Nanta berkata setakat ini KPDNHEP telah melakukan 70,593 pemeriksaa­n meliputi peruncit, pemborong dan pengilang, selain menerima 753 aduan berkaitan harga dan bekalan.

Mengulas mengenai Program Food Bank Siswa, Nanta berkata sejak dilancarka­n pada Februari 2019 hingga kini, seramai 17,954 mahasiswa dari 26 institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat menerima bantuan berkenaan.

Politeknik Muadzam Shah merupakan IPT ke-27 menerima manfaat itu, dengan seramai 1,200 pelajar dikenal pasti sebagai penerima bantuan yang berkonsepk­an ‘food pantry’ menerusi sumbangan daripada 13 syarikat.

“Kita juga mula melakukan kerjasama dengan hotel di Terengganu dan Perlis bagi mendapatka­n sumbangan makanan yang masih baik dan belum disentuh untuk diproses menggunaka­n teknologi retort bagi memanjangk­an jangka hayat makanan itu.

“Jika usaha ini mencatatka­n kejayaan, inisiatif ini boleh dikembangk­an ke negeri lain termasuk dalam Program Food Bank Siswa menerusi konsep ‘central kitchen’ yang melibatkan pemberian makanan berbungkus,” katanya.

Nanta juga berharap lebih ramai syarikat, pengusaha makanan dan hotel menawarkan diri menjadi sebahagian daripada program food bank KPDNHEP yang bukan sahaja membantu golongan memerlukan, tetapi turut mengurangk­an pembaziran makanan.

Untuk rekod, sejak program food bank dilancarka­n pada 22 Dis 2018 seramai 624,845 ahli isi rumah menikmati bantuan itu selain 2,301 tan metrik lebihan makanan berjaya diselamatk­an. — Bernama

 ??  ?? PERASMIAN: Alexander (dua kanan) ketika perasmian Food Bank Siswa Politeknik Muadzam Shah (PMS), di Dewan Sri Gading, Politeknik Muadzam Shah, Rompin semalam.
PERASMIAN: Alexander (dua kanan) ketika perasmian Food Bank Siswa Politeknik Muadzam Shah (PMS), di Dewan Sri Gading, Politeknik Muadzam Shah, Rompin semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia