Utusan Borneo (Sabah)

11 replika monumen terkenal ASEAN akan ditempatka­n di dasar laut Pulau Bidong

-

KUALA NERUS: Sebanyak 11 replika mercu tanda terkenal negara ASEAN akan ditempatka­n di dasar laut Pulau Bidong, Terengganu melalui projek khas, ‘The 1st ASEAN Underwater Mini Landmark’.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, projek yang diuruskan Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu, akan dilancarka­n antara 15 hingga 19 Jun depan, sempena penganjura­n ASEAN Seminar on The Preservati­on and Protection of Underwater Cultural Heritage.

“Projek yang menelan kos dengan anggaran RM290,000 (ASD 70,000) di bawah pembiayaan

Tabung Kebudayaan ASEAN ini adalah Projek Kebudayaan yang akan menjadi platform bagi perkongsia­n ilmu dan pertukaran budaya di antara negara-negara ASEAN.

“Ia juga bakal menjadi produk pelanconga­n budaya baharu yang akan merancakka­n ekonomi dalam sektor pelanconga­n dan kebudayaan di samping meningkatk­an lagi imej Malaysia di mata dunia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi Jerayawara Dasar Pelanconga­n Negara (DPN) 2020-2030 di sini semalam.

Antara 11 monumen tersebut ialah Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur-KLCC (Malaysia), Masjid Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (Brunei), Cambodia Independen­ce

Monument (Cambodia), COVID-19, mengukuhka­n Patuxai Monument daya tahan penggiat (Laos), Indonesia National industri serta kemampanan Monument (Indonesia), industri pelanconga­n negara Shwedagon Pagoda (Myanmar), dibincangk­an dalam Joe Rizal Monument sesi tersebut. (Filipina), Merlion Terdahulu, Nancy yang (Singapura), Wat Arun mengadakan lawatan kerja Ratchawara­ram Ratchawora­mahawihan tiga hari ke Terengganu, (Thailand) bermula semalam juga dan Tran Quoc turut mengadakan kunjungan Pagoda (Vietnam). hormat ke atas Menteri

Sesi Jerayawara DPN Besar Datuk Seri Dr Ahmad 2020-2030 kali ini melibatkan Samsuri Mokhtar di tiga negeri di zon kediaman rasmi Seri Iman, Pantai Timur iaitu Terengganu, pagi semalam. Kelantan dan Destinasi lain yang Pahang yang diadakan secara bakal dilawati Nancy dan hibrid iaitu pertemuan pasukan kerja MOTAC bersemuka dan secara ialah Tasik Kenyir, Kompleks dalam talian bersama-sama Kraf Noor Arfa, penggiat industri. Jambatan Angka Terengganu,

Pelbagai agenda transforma­siyangmemf­okuskan Manang Songket, Taman Tamadun Islam, kepada usaha untuk VillaPadu Desa, Kompleks mengembali­kan kegemilang­an Muzium Negeri serta industri pelanconga­n Kampung Budaya Terengganu. pascapande­mik — Bernama

KLUANG: Penjenamaa­n semula Pusat Pengumpula­n Hasil Pertanian (PPHP) kepada Peladang Outlet (PO) yang dilancarka­n semalam, dapat mengurangk­an pengaruh orang tengah dalam urusan pembelian dan penjualan hasil tani negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata melalui PO, setiap pengusaha dapat menjual hasil pertanian dengan lebih menguntung­kan, memandangk­an hanya dikenakan caj pengurusan tidak melebihi RM1 bagi setiap sekilogram produk, bergantung kepada harga pasaran.

Menurut beliau, penjenamaa­n semula itu turut meningkatk­an nilai komersial pusat tersebut sekali gus meningkatk­an kesedaran pengguna mengenai keberadaan jenama peladang dalam pasaran.

“Sebagai contoh bagi sekilogram cili yang berharga RM9, PO beli pada harga RM8. Kalau orang tengah (orang luar), mereka beli sekitar RM6 sahaja, tidak kurang daripada itu.

“Jadi sudah tentu keuntungan dia (orang tengah) lebih besar tetapi apabila PO ini ada, kerjakerja orang tengah ini semua dibuat di pusat ini, sebelum produk akhirnya nanti dijual kepada pembeli merangkumi pasar raya, pemborong dan lain-lain,” katanya.

Ronald berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran PO Peringkat Kebangsaan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kluang di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Samsolbari Jamali, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim.

Ronald berkata, program penjenamaa­n itu juga demi memastikan saluran pemasaran Pertubuhan Peladang (PP) kekal dalam perniagaan seiring dengan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).

“Penggunaan jenama PO adalah jenama baharu yang akan mewakili seluruh PP agar mampu bersaing dan menjadi peneraju kepada aktiviti pemasaran, sekali gus dapat menggambar­kan fungsi peladang itu sendiri yang mempunyai pelbagai produk,” katanya.

Terdahulu, bersempena majlis itu, Ronald turut menyampaik­an 22 lori sejuk beku dan kargo dengan peruntukan RM3.4 juta kepada PP seluruh negara.

Peruntukan tersebut diberikan di bawah Dana Khas Agromakana­n Pertubuhan Peladang (Mobilisasi dan Logistik) melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin.

Turut disampaika­n peruntukan Projek Pertanian Organik bernilai RM3.2 juta dan peruntukan modal pusingan bagi kumpulan wang pinjaman Pertubuhan Peladang PPK Kluang bernilai RM400,000. — Bernama

 ??  ?? PELANCARAN: Ronald (dua kiri) diiringi Samsolbari (kiri) ketika melihat pelbagai sayuran yang dijual di Peladang Outlet ketika hadir bagi Melancarka­n ‘Peladang Outlet (PO)’ Pertubuhan Peladang Peringkat Kebangsaan di Pusat Pengumpula­n Hasil Pertanian (PPHP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kluang, semalam.
PELANCARAN: Ronald (dua kiri) diiringi Samsolbari (kiri) ketika melihat pelbagai sayuran yang dijual di Peladang Outlet ketika hadir bagi Melancarka­n ‘Peladang Outlet (PO)’ Pertubuhan Peladang Peringkat Kebangsaan di Pusat Pengumpula­n Hasil Pertanian (PPHP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kluang, semalam.
 ??  ?? PROJEK KHAS: Nancy (tengah) bersama Ariffin (dua kiri) dan Md Anizam (dua kanan) pada Sesi Jerayawara Dasar Pelanconga­n Negara 2020-2030 Zon Pantai Timur di sebuah hotel di Kuala Nerus, semalam.
PROJEK KHAS: Nancy (tengah) bersama Ariffin (dua kiri) dan Md Anizam (dua kanan) pada Sesi Jerayawara Dasar Pelanconga­n Negara 2020-2030 Zon Pantai Timur di sebuah hotel di Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia