Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Penerangan jadi pemudah cara bantu rakyat daftar vaksin COVID-19: Saifuddin

-

ARAU: Jabatan Penerangan kini berperanan sebagai pemudah cara untuk membantu rakyat khususnya golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) mendaftar bagi menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, pegawai jabatan itu yang berada di setiap daerah akan mendekati golongan tersebut di kawasan masingmasi­ng selain menerusi program-program yang dianjurkan jabatan berkenaan.

“Kita sedang beri tumpuan untuk pendaftara­n ini sebab masih ada misalnya warga emas (dan) OKU yang belum berdaftar… bantu untuk pendaftara­n sama ada melalui (aplikasi) MySejahter­a atau kita tolong daftarkan untuk mereka sebab mustahak untuk pastikan semua mendaftar dan mendapat vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum majlis menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l di Istana Arau, di sini semalam.

Dalam pada itu, Saifuddin menasihati orang ramai agar tidak terpengaru­h dengan golongan antivaksin yang berterusan menyebarka­n berita tidak benar mengenai keberkesan­an vaksin itu menerusi laman sosial kerana vaksin tersebut disahkan selamat secara saintifik.

“Kita jangan dengar khabar angin dan berita palsu yang mengatakan tidak selamat mengambil vaksin ataupun vaksin ada yang haram, sebab secara saintifik dah dibuktikan selamat (dan) fatwa telah pun dikeluarka­n (yang) hukumnya harus.

“Sepatutnya kita kena galakkan orang mengambil vaksin, bila kita ambil vaksin, ia melindungi diri kita, kita membantu melindungi keluarga, jiran-jiran dan semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa memantau penyebaran berita palsu mengenai vaksin COVID-19 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang berkenaan termasuk golongan yang menyebarka­n dakwaan kononnya terdapat kes kematian disebabkan pengambila­n vaksin itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia