Utusan Borneo (Sabah)

Inter hampiri kejuaraan Serie A Itali dengan kelebihan 11 mata di puncak

-

MILAN: Romelu Lukaku membantu Inter Milan menghampir­i kejuaraan Serie A Itali yang pertama dalam lebih dari satu dekad apabila menjaringk­an gol dan mengumpan gol Lautaro Martinez ketika menewaskan Sassuolo 2-1 pada Selasa, sekali gus meletakkan pasukannya dengan kelebihan 11 mata di singgahsan­a liga.

Juventus kurang 12 mata di belakang Inter di tangga ketiga selepas menewaskan Napoli 2-1 dengan Paul Dybala menjaringk­an gol selepas berehat hampir tiga bulan dan penjaring terbanyak liga, Cristiano Ronaldo, juga menjaringk­an gol.

Kedua-dua perlawanan ini dijadualka­n semula selepas penularan COVID-19 di Inter bulan lepas dan di Napoli pada awal bulan Oktober.

Lukakumena­ndukhantar­an lintang Ashley Young untuk gol liga ke-21 beliau musim ini pada minit ke-10 perlawanan di San Siro dan kemudian mengumpan bola kepada Lautaro pada pertengaha­n separuh masa kedua.

Hamed Junior Traore merapatkan kedudukan buat pasukan pelawat ketika berbaki lima minit permainan sebelum Inter meraih kemenangan liga ke-10 berturut-turut untuk mengukuhka­n kedudukan di tangga teratas.

Skuad kendalian Antonio Conte itu di landasan memenangi kejuaraan liga yang ke19 mereka tetapi kejuaraan yang pertama sejak 2010.

“Masih ada sembilan perlawanan lagi dan setiap perlawanan bernilai enam mata,” kata Conte.

“Kami cuba melakukan sesuatu yang baik untuk bandar raya ini, yang belum meraih kejuaraan sejak satu dekad.

Peluang Juventus memenangi kejuaraan buat kali ke-10 terjejas apabila hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan terakhir walaupun menentang lawan dari bawahan liga – Benevento dan Torino.

Bagaimanap­un, kemenangan ke atas Napoli adalah penting untuk cita-cita mereka dalam Liga JuaraJuara musim hadapan dengan kedua-dua pasukan berkongsi mata di tangga keempat sebelum perlawanan.

Juventus beraksi tanpa Leonardo Bonucci dan Federico Bernardesc­hi, yang diuji positif COVID-19 selepas bermain bersama skuad kebangsaan Itali.

Dybala bermula di bangku simpanan, selepas digugurkan pada perlawanan menentang Torino minggu lepas kerana melanggar peraturan sekatan kawalan pergerakan bersamasam­a Weston McKennie dan Arthur Melo.

Ronaldo terlepas peluang awal untuk meletakkan Juventus pada minit kedua apabila tandukanny­a tersasar sebelum cubaan pemain Napoli, Piotr Zielinski juga tersasar.

Tetapi pergerakan cantik Federico Chiesa membolehka­n Ronaldo menjaringk­an gol liga ke-25 beliau pada minit ke-13 selepas melepasi dua pemain pertahanan Napoli sebelum melorong bola kepada Ronaldo.

Dybala dimasukkan bersama-sama McKennie pada 20 minit terakhir dan beliau memberikan impak segera apabila menjaringk­an gol kedua dari umpanan Rodrigo Bentancur empat minit kemudian.

Lorenzo Insigne merapatkan kedudukan untuk Napoli dari tendangan penalti.

Kemenangan membolehka­n Juventus memintas Atalanta ke tangga ketiga liga dengan kedua-dua pasukan akan bertemu di Bergamo minggu hadapan sementara Inter bertandang ke Napoli. — AFP

PARIS: Kejohanan tenis Grand Slam Terbuka Perancis tahun ini, akan dilewatkan selama seminggu dari jadual asal, menurut satu sumber yang rapat dengan penganjur pada Rabu.

Kejohanan di permukaan tanah liat itu dijadualka­n bermula pada 23 Mei tetapi sekarang ia dijangka bermula pada 30 Mei dengan harapan lebih ramai penonton akan dapat dibenarkan hadir di Roland Garros.

Kejohanan tahun lepas ditangguhk­an selama empat bulan dari jadual asal dan diadakan pada bulan September dan Oktober berbanding slot kebiasaan pada bulan Mei-Jun.

Penonton hanya dihadkan kepada 1,000 orang setiap hari.

Sekatan kawalan pergerakan kerana COVID-19 diperketat­kan di seluruh Perancis minggu lepas, walaupun semua sukan profesiona­l dibenarkan diteruskan namun harus berlangsun­g tanpa penonton.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menyuaraka­n harapan untuk membuka semula pawagam, muzium dan teater pada pertengaha­n bulan Mei.

Pada Selasa, kementeria­n sukan Perancis, memberitah­u AFP bahawa kerajaan membincang­kan satu kemungkina­n penangguha­n “beberapa hari”.

Pemain Perancis, Alize Cornet, menyelar menteri sukan, Roxana Maracinean­u dan kerajaan Macron kerana penangguha­n itu.

“Ia kekal di antara kami tetapi menteri sukan negara kami adalah satu mala petaka, maaf,” kata Cornet ketika memberitah­u Tennis Channel selepas kemenangan ke atas Elise Mertens di pusingan kedua kejohanan WTA di Charleston di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.,

“Maaf, saya tidak mempunyai masalah dengan beliau tetapi beliau hanya membuat keputusan buruk untuk sukan seperti beliau tidak ambil peduli. Dan saya tahu ia datang dari kerajaan, itu yang pasti.

“Ia mungkin juga datang dari penganjur kerana saya mendengar mereka mungkin akan dapat membenarka­n lebih ramai penonton jika ditangguhk­an seminggu.

“Apa pun, saya fikir ia masih keputusan pentingkan diri sendiri kerana kalendar tenis terjejas dengan penangguha­n ini.”

Bulan lepas, Gilles Moretton, presiden baharu Persekutua­n Tenis Perancis (FFT), berbakat beliau “tidak mahu” menimbangk­an kemungkina­n pembatalan kejohanan.

“Jika kami menjalani kawalan sepenuhnya pergerakan selama dua bulan, kami sememangny­a perlu mengambil langkah perlu – apa yang terburuk ialah membatalka­n kejohanan tetapi saya tidak sanggup memikirkan­nya,” kata beliau.

Rafael Nadal akan mempertaha­nkan kejuaraann­ya dalam bahagian lelaki sementara Iga Swiatek dari Poland akan mempertaha­nkan kategori perseorang­an wanita.

Tarikh baharu Terbuka Perancis tidak memberikan banyak kesan kepada musim di permukaan rumput, walaupun kejohanan persediaan Wimbledon bermula 7 Jun.

Akan ada hanya dua minggu ruang di antara final Terbuka Perancis dan bermulanya Wimbledon. — AFP

 ??  ?? UNGGUL: Lukaku (kanan) meraikan gol jaringanny­a dengan rakan sepasukan Lautaro Martinez antara Inter Milan dan Sassuolo di Stadium San Siro, Milan. pada perlawanan Serie A Itali di
UNGGUL: Lukaku (kanan) meraikan gol jaringanny­a dengan rakan sepasukan Lautaro Martinez antara Inter Milan dan Sassuolo di Stadium San Siro, Milan. pada perlawanan Serie A Itali di
 ??  ?? DILEWATKAN: Gambar fail menunjukka­n pemandanga­n malam pada satu perlawanan Terbuka Perancis pada 9 Oktober 2020 di Paris.
DILEWATKAN: Gambar fail menunjukka­n pemandanga­n malam pada satu perlawanan Terbuka Perancis pada 9 Oktober 2020 di Paris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia