Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea bawa kelebihan dua gol

Menang 2-0 ke atas FC Porto pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Seville

-

SEVILLE: Gol cantik Mason Mount pada Rabu membantu Chelsea menang 2-0 ke atas FC Porto, yang mensia-siakan banyak peluang pada perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara.

Gol Mount dalam separuh masa pertama pastinya sukar diterima oleh Porto, yang mengawal permainan lebih baik pada perlawanan di Seville tetapi berulang kali gagal melakukan penyudah kemas.

Sebaliknya, kekecewaan itu diburukkan lagi dengan gol kedua apabila Ben Chilwell mengambil sepenuh peluang dari kesilapan di benteng pertahanan Porto untuk meletakkan pasukannya menghampir­i kelayakan ke separuh akhir.

Ia adalah gol tempat lawan untuk Chelsea walaupun kedua-dua pasukan masih bermain di stadium yang sama – Stadium Ramon Sanchez Pizjuan pada perlawanan kedua – ekoran protokol ketat kesihatan kerana pandemik COVID-19 di Britannia Raya (UK).

Porto bermain selaku pasukan tuan rumah dengan menyarung jersi di tempat sendiri mereka pada perlawanan dalam stadium yang kosong.

Chelsea juga mempamerka­n aksi memberangs­angkan dengan menangani asakan dan juga melancarka­n serangan pantas dengan kualiti di jentera serangan menjadi penentu kemenangan.

Real Madrid mungkin menanti di separuh akhir selepas menewaskan Liverpool 3-1

RANCAK:

Ada suasana bagus dalam bilik persalinan, kami berasa gembira tetapi tidak terlalu gembira, teruja tetapi tidak terlalu teruja.

pada perlawanan pertama Selasa lepas.

“Ada suasana bagus dalam bilik persalinan, kami berasa gembira tetapi tidak terlalu gembira, teruja tetapi tidak terlalu teruja,” kata pengurus Chelsea, Thomas Tuchel.

“Kami harus mempunyai mentaliti yang baik dan prestasi yang baik pada perlawanan kedua Selasa depan.”

Gol Mount menjadikan beliau penjaring gol paling muda Chelsea dalam Liga Juara-Juara – pada usia 22 tahun dan 87 hari sementara gol kedua Chilwell bermakna kelab mempunyai dua penjaring gol dari England dalam satu perlawanan Liga JuaraJuara buat kali pertama sejak 2012.

Kemenangan Chelsea juga mengurangk­an tekanan kekalahan teruk 2-5 kepada West Bromwich Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus menamatkan 14 perlawanan tanpa kalah Tuchel sejak menggantik­an Frank Lampard.

“Selepas tewas satu perlawanan yang pelik, kami berkata bahawa penyelesai­an terbaik ialah mengelak pintu gol dari dibolosi dan ini menjadikan­nya keputusan sangat penting ini,” kata Tuchel.

Porto dianggap bukan pi

 ??  ?? Babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara FC Porto dan Chelsea di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla.
TENANG: Reaksi penyerang FC Porto, Moussa Marega pada perlawanan tersebut.
Babak aksi perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di antara FC Porto dan Chelsea di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla. TENANG: Reaksi penyerang FC Porto, Moussa Marega pada perlawanan tersebut.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia