Utusan Borneo (Sabah)

Sabah FC lawan Penang FC pada Ahad

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Perlawanan kelapan Liga Super antara Sabah FC dan Penang FC yang sepatutnya berlangsun­g di Stadium Bandaraya Pulau Pinang hari ini (Jumaat) ditunda ke Ahad (11 April).

Jadual perlawanan baru yang dikeluarka­n Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menyaksika­n Sabah FC bermain lima perlawanan sepanjang April berbanding hanya empat sebelum ini.

Selepas menentang Penang FC, akan ada dua lagi perlawanan dalam April ini iaitu menentang UiTM FC di Stadium Likas pada 17 April dan Selangor FC di Stadium MBPJ pada 23 April.

Dua perlawanan yang sudah diharungi Sabah FC dalam April ialah menentang KL City FC di Cheras pada 3 April dan JDT di Stadium Likas pada 6 April

Sabah FC seri tanpa jaringan dengan KL City manakala kecundang 1-4 di tangan JDT.

Sabah FC kini berkongsi jumlah kutipan lima mata dan jaringan dengan Sri Pahang di tangga kesembilan dan ke10 selepas tujuh perlawanan.

Takhta liga masih dikuasai juara bertahan, JDT yang telah mengumpul 17 mata dengan rekod sebagai satusatuny­a pasukan yang belum pernah tewas setakat ini (lima menang dua seri).

Pesaing terdekat JDT ialah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang hanya ketinggala­n satu mata di tangga kedua manakala Penang FC di tangga ketiga dengan 14 mata.

MIAMI: Pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty, melangkah selesa ke pusingan ketiga pada kejohanan WTA di Charleston pada Rabu apabila menewaskan Misaki Doi 6-2 dan 6-1.

Barty tiba pada kejohanan di permukaan tanah liat itu dengan memenangi kejuaraan Terbuka Miami, di mana beliau berjaya mempertaha­nkan satu kejuaraan WTA buat kali pertama.

Selepas diberi laluan percuma di pusingan pertama, beliau berjaya menyesuaik­an diri dengan baik di permukaan tanah liat dengan hanya mengambil masa 61 minit untuk menewaskan pemain ranking ke-77 dari Jepun.

“Ia adalah perubahan pantas dari Miami, hanya beberapa jam berlatih,” kata Barty, yang tidak menyertai mana-mana kejohanan di permukaan tanah liat sejak memenangi Terbuka Perancis pada 2019. “Saya hanya berharap saya tidak terjatuh ketika memukul bola.

“Tetapi semuanya datang dengan semula jadi,” kata beliau.

Pada perlawanan lain, pemain pilihan kedua dari Amerika Syarikat (AS), Sofia Kenin, dikejutkan dalam tiga set oleh pemain ranking ke-79 dunia, Lauren Davis.

Davis menang 4-6, 6-3 dan 6-4 untuk menewaskan pemain ranking keempat dunia itu.

“Saya bergelut sedikit dalam set pertama dan pukulan servis saya juga kurang menyerlah,” kata Davis.

Kenin memenangi Terbuka Australia 2020 dan naib juara Terbuka Perancis tahun lepas tetapi beliau bergelut pada 2021.

Beliau tersingkir awal di pusingan kedua selaku juara bertahan Terbuka Australia dan juga tersingkir awal pada kejohanan di Philip Island sebelum menjalani pembedahan ketika masih di Australia. — AFP

 ??  ?? HEBAT: Pemain nombor satu dunia dari Australia, Barty.
HEBAT: Pemain nombor satu dunia dari Australia, Barty.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia