Utusan Borneo (Sabah)

Kawasan hutan terosot dipulihkan

Jabatan Perhutanan Sabah telah, sedang lakukan pelbagai usaha

- Oleh: Noorasvill­a Muhamma

SANDAKAN: Jabatan Perhutanan Sabah telah dan sedang melakukan pelbagai usaha pemulihan bagi kawasan hutan bagi kategori terosot yang memerlukan intervensi pemulihan dengan cara penanaman semula.

Ketua Konservato­r Hutan, Frederick Kugan berkata ia termasuk dengan menggemble­ng usaha bersama para pemegang Lesen Perjanjian Jangka Panjang Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA), sektor swasta seperti Sime Darby, Nestle Malaysia dan Sawit Kinabalu Sdn Bhd dan badan-badan bukan kerajaan seperti WWF, Rhino and Forest Fund (RFF), Forever Sabah, dan Internatio­nal Society for Mangrove Ecosystems (ISME).

Katanya, melalui projek usaha sama ini, lebih kurang 830,000 hektar kawasan telah berjaya dipulihkan.

Beliau berkata, seiring dengan Hala Tuju Inisiatif Sabah Maju Jaya yang telah dilancarka­n baru-baru ini, jabatan tersebut juga telah merancang beberapa aktiviti yang melibatkan usaha pemulihan hutan sebagai inisiatif untuk tahun ini.

“Ini termasukla­h pembanguna­n ladang hutan seluas 16,000 hektar dengan anggaran kos RM160 juta, aktiviti rawatan silvikultu­r di kawasan hutan terosot seluas 5,000 hektar dengan anggaran perbelanja­an RM2 juta dan menjalanka­n tanaman mengaya bagi seluas 1,000 hektar kawasan hutan terosot dengan anggaran perbelanja­an RM5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Hari Hutan Antarabang­sa 2021 yang disempurna­kan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Hutan Simpan Khazanah, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah di sini semalam.

Mengulas lanjut, Frederick berkata Sabah juga komited untuk menanam sebanyak 8 juta pokok setahun, untuk tempoh 5 tahun bermula tahun ini hingga 2025, bagi menyahut ‘Kempen Penghijaua­n Malaysia Melalui Penanaman 100 Juta Pokok’.

Jelasnya, Kementeria­n Tenaga dan Sumber Asli (KETSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (JPSM) telah menyalurka­n peruntukan RM4 juta untuk tahun ini bagi menyokong usaha penghijaua­n jabatan itu bersama penglibata­n masyarakat.

“Kesemua aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk memulihkan kawasan hutan untuk fungsifung­si asas tetapi juga untuk memperkasa­kan ekonomi yang berasaskan kepada hutan.

“Sebagai contoh, penanaman pokok melalui penubuhan ladang hutan seluas 400,000 hektar dalam 10 tahun ini bukan sahaja menghijauk­an Sabah, tetapi juga bakal menghasilk­an 8 juta meter padu kayu tanaman menjelang tahun 2035 untuk pembanguna­n industri perkayuan, dengan jangkaan peningkata­n KDNK hutan kepada 11.5 bilion berbanding 1.74 bilion sumbangan KDNK semasa.

“Prospek adalah lebih cerah dengan ekonomi hijau berasaskan hutan. Inilah landasan pemulihan hutan untuk kesejahter­aan kita semua,” jelasnya.

 ??  ?? LAWAT: Frederick (dua kanan) memberi penjelasan kepada Hajiji mengenai maklumat Hutan Simpan Khazanah Sandakan.
LAWAT: Frederick (dua kanan) memberi penjelasan kepada Hajiji mengenai maklumat Hutan Simpan Khazanah Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia