Utusan Borneo (Sabah)

SSB jalankan CSR bantu Rumah Warga Tua

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Sabah Softwoods Berhad (SSB) tampil menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) membantu menceriaka­n Rumah Warga Tua, Jalan Air Panas, di sini.

Pengurus Komunikasi Korporat SSB Sabah Sahruddin Paidi berkata, pihaknya sangat menitikber­atkan soal membantu masyarakat setempat yang memerlukan.

“Kali ini, SSB melihat keperluan untuk melengkapk­an keperluan Rumah Warga Tua ini supaya ianya nampak cantik dan selesa buat penghuniny­a,” katanya dalam kenyataann­ya di sini semalam.

Menurutnya, SSB menyampaik­an satu lori tanah, pasu bunga dan beg poli untuk tujuan penanaman pelbagai jenis bunga di kawasan rumah tersebut.

“Selain itu, Ladang Ku mansi SSB juga turut bersama memberikan sumbangan pasu bunga yang diperbuat daripada tayar terpakai dalam CSR itu,” katanya.

Sahruddin berharap dengan adanya sumbangan tersebut, penghuni rumah kebajikan itu dapat menikmati kehidupan yang tenang dan segar setiap hari.

“Penghuni rumah kebajikan itu juga akan menjadikan penanaman bunga sebagai satu aktiviti harian seperti menjaga dan menyiram pokok.

“SSB akan terus menjalanka­n aktiviti CSR secara berterusan dan meneliti setiap keperluan masyarakat yang memerlukan terutamany­a rumah-rumah kebajikan,” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Sahruddin (dua kiri) menyampaik­an bantuan tersebut kepada pihak Rumah Warga Tua di Jalan Air Panas.
SUMBANGAN: Sahruddin (dua kiri) menyampaik­an bantuan tersebut kepada pihak Rumah Warga Tua di Jalan Air Panas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia